Semasa Hari Pelantikan Presiden Joe Biden dan Naik Presiden Kamala Harris, seorang lagi individu mencuri perhatian lensa dan pandangan umum dengan fesyen uniknya.
Ella Emhoff yang merupakan anak perempuan tiri Kamala Harris mencuri perhatian ramai dengan fesyen uniknya, semasa menghadiri Hari Perlantikan ibu tirinya itu.
Ramai Tertarik Dengan Kot Unik Ella
- Foto – Teen Vogue/Nicki Swift
Sambil melihat upacara perlantikan berlangsung, rata-rata rakyat dan lensa kamera tertumpu pada gadis manis bercermin mata yang berada di sisi Kamala iaitu anak perempuan tirinya Ella Emhoff.
Ella hadir pada Hari Perlantikan ibu tirinya itu dengan menggayakan fesyen kot plaid unik, dan ianya mencuri perhatian ramai.
Kot Jenama MUI MUI Dan Dress Labuh Dari Batsheva Jadi Pilihan
- Foto – Tatler Hong Kong / Instagram Batsheva Dress
Ella memilih kot labuh plaid dari koleksi Miu Miu untuk digayakan semasa Hari Perlantikan, ia menampilkan sisi sopan, kemas dan versatil Ella dengan kolar sulaman yang besar dan lebar berserta dengan perincian berkilau di bahu kot.
Dan dalam kot tersebut tersembunyi dress labuh burgundy moire dari jenama Batsheva, padanan kedua-dua gaya ini membuatkan fesyen Ella menyerlah pada hari bersejarah tersebut.
Merupakan Pelajar Jurusan Fesyen
- Foto – Elle / Nicki Swift
Tidak hairan mengapa fesyen Ella semasa hari bersejarah ini begitu menarik perhatian ramai, kerana gadis berusia 21 tahun ini sebenarnya merupakan pelajar jurusan fesyen yang pakar dalam bidang knitwear di Parsons School of Design yang terletak di New York City.
Rupa Paras Gentlewomen-Look Kerana Miliki Darah Jewish
- Foto – Yahoo / Arizona Jewish Post
Mungkin ramai yang tidak perasan, melihat wajah ayu Ella seperti bangsa Jewish adalah tidak mengejutkan, kerana bapa Ella iaitu Doug Emhoff sendiri sebenarnya berdarah Jewish.
Jadi tidak hairanlah mengapa rupa paras Jewish gentlewomen-look ada pada diri Ella, kerana darah Jewish mengalir dalam dirinya.
Akui Ingin Hasilkan Fesyen Unik Tersendiri
- Foto – Instagram Batshave Dress / Tatler Hong Kong
Dalam petikan Huffpost, Ella ada menyatakan bahawa dirinya ingin menghasilkan gaya fesyen unik dan menyeronokkan untuk dirinya.
Kerana bagi Ella dirinya mempunyai stail serta gaya unik yang tersendiri, dan dirinya sendiri mempunyai impian untuk menghasilkan jenamanya suatu hari nanti.
Koleksi Fesyen Knitwear Yang Unik Dan Menarik
Kalau sudah namanya pelajar fesyen pasti Ella banyak menghasilkan pakaian knitwear untuk diri sendiri bukan, ini antara koleksi knitwear yang dihasilkan oleh Ella memang cukup menarik dengan padanan warna-warna terang.
Koleksi Beg Tweety Dan Dress Strip Labuh
- Foto – Instagram Ella Emhoff
Koleksi Bra, Topi Dan Beg Hijau Checkers
- Foto – Instagram Ella Emhoff
Koleksi Padanan Jeans Tampalan Dan Baju Checkers
- Foto – Instagram Ella Emhoff
Netizen Amerika Syarikat sendiri dah labelkan anak perempuan tiri Kamala Harris ini sebagai ikon fesyen dunia baru, agak-agak apa lagi fesyen menarik yang Ella akan hasilkan serta gayakan di masa akan datang pasti menarikan?