Kamu sudah membeli beg kitar semula edisi khas ‘KLAMBY Limited Quality ALAMAK‘ di IKEA?
Kalau kamu mahu tahu, baru-baru ini kecoh apabila IKEA dikatakan telah salah mencetak beg kitar semula itu kerana beg tersebut mengandungi ejaan yang salah.
Beg yang dijual itu dicetak dengan URL syarikat dalam talian IKEA Malaysia iaitu ‘www.ikea.com.my’ tetapi sebaliknya yang terjadi. Ini kerana mereka telah menjual beg yang mempunyai URL seperti ‘www.ikea.co.my’.
“Di IKEA, tidak mengapa untuk melakukan kesilapan. Pihak kami telah salah mencetak alamat laman web pada beg kitar semula KLAMBY.
Tetapi disebabkan oleh ianya beg kitar semula, pihak kami tidak akan membuangnya. Malah ianya dijadikan sebagai beg kitar semula edisi khas dan ianya tidak akan kembali selepas stok sudah habis.”
Merasakan sebagai satu pembaziran jika diambil dan mencetak semula, pihak IKEA telah menjenamakan beg itu semula sebagai beg ‘KLAMBY Limited Quality ALAMAK‘ dan menjadikannya sebagai beg kitar semula edisi khas.
Pelanggan IKEA di Singapura merupakan individu pertama yang melihat kesalahan ejaan tersebut apabila dia berkunjung ke kedai itu hujung minggu lalu. Sama seperti di Malaysia, beg edisi khas di Singapura dijual dengan URL seperti ‘www.ikea.co.sg’.
Beg kitar semula KLAMBY Limited Quality ALAMAK hanya dijual pada harga RM 4.90 bagi sebuah beg. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan beg edisi khas ini!
[BELI]