Sangat menggamit memori apabila melihat koleksi ini. Jika teringat kembali ke zaman kanak-kanak, semestinya kamu pernah membeli lolipop Chupa Chups.
Kini, Chupa Chups telah berkolaborasi dengan H&M Divided untuk membawa pelanggannya merasai kembali zaman tersebut di samping mengekalkan aura muda, segar dan aktif ketika memakai koleksi ini.
Koleksi ini terdiri daripada beberapa rangkaian seperti pakaian dan aksesori. Semuanya cantik-cantik sangat! Koleksi ini juga mempunyai logo Chupa Chups yang ikonik dan warna palet seperti gula-gula.
Antara koleksi Chupa Chups X H&M Divided adalah:
Nampak Comel Dengan Ikatan Bow
- Blaus Dengan Ikatan Bow [RM 74.95]
(Pilihan Warna: Putih / Merah Jambu / Hitam)
- Gaun Dengan Ikatan Bow [RM 149.95]
Nampak Lebih Bergaya Dengan Sweater & Cardigan
- Collared Sweater [RM 99.95]
(Pilihan Warna: Merah Jambu / Beige)
- Logo Sweater [RM 74.95]
- Embroided Cardigan [RM 129.95]
(Pilihan Warna: Mint Green /Light Beige)
Tweed Buatkan Si Pemakai Nampak Lebih Moden
- Gaun Tweed [RM 129.95]
- Tweed Skirt [RM 74.95]
Tak Lengkap Kalau Tiada Aksesori
- Beret [RM 44.95]
(Pilihan Warna: Putih / Merah Jambu / Biru)
- Beg Crossbody [RM 74.95]
Si Pemakai Nampak Bergaya Apabila Gabungkan Pakaian Ini!
- Motif Vest [RM 129.95]
- Denim Trousers [RM 99.95]
- Check Skirt [RM 129.95]
Untuk pembelian koleksi Chupa Chups X H&M Divided, kamu boleh layari laman web rasmi H&M [TEKAN SINI].
Happy Shopping!