Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Resepi

Ada Air Fryer Di Rumah, 5 Resepi Mudah Masak Untuk Kamu Cuba

by Mas Idayu
January 18, 2021
Foto - Facebook Rosnani Abdul Hamid

Foto - Facebook Rosnani Abdul Hamid

649
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Dulu masa beli air fryer tak ingat pula yang diri itu tak reti guna, apa yang penting ikut hati saja tahu kan? Nah, dari biar air fryer itu terperuk di penjuru dapur baik kamu guna sekarang untuk elak dari rosak dikemudian hari.

Lagipun tak susah mana pun sebenarnya nak masak menu yang lazat-lazat menggunakan air fryer, kalau tak percaya jom lihat resepi masakan yang dikongsikan di bawah untuk kamu jadikan panduan memasak.

#1 Resepi Ayam Panggang Anak Dara

Foto – Facebook Rosnani Abdul Hamid

Bahan-bahan

  • 2 ekor ayam
  • 5 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 1 inci halia
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 2 senduk sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 senduk madu
  • Garam secukup rasa

Cara masak

  1. Kisar atau tumbuk ke semua bahan-bahan diatas, kemudian sapu bahan-bahan pada permukaan kulit ayam yang telah di basuh bersih.
  2. Masukkan ayam dalam air fryer dan masak pada suhu 160 darjah selama 30 minit.
  3. Selepas dah habis masak, keluarkan ayam dan terbalikkan kemudian sapu bahan kisar tadi dan masak ayam pada suhu yang sama 160 darjah selama 30 minit.
  4. Ayam panggang anak dara siap untuk di makan!

#2 Resepi Biskut Honey Butter Ala Texas

Foto – Facebook Rosnani Abdul Hamid

Bahan-bahan

  • 250 gram tepung gandum
  • 4 sudu kecil soda bikarbonat
  • 150 gram butter sejuk
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1 cawan susu segar + 2 sudu besar cuka masakan (campur kedua-dua bahan ini sekata)
  • 3 sudu makan butter cair + 3 sudu madu (campur kedua-dua bahan sekata sebagai glaze)

Cara masak

  1. Campurkan bahan-bahan kering dengan meramas bahan-bahan hingga mesra menjadi serbuk, kemudian masukkan susu dan adun hingga menjadi lembik.
  2. Sudukan adunan ke atas dulang yang disapu dengan mentega, dan sapuan glaze yang telah dibuat awal-awal tadi.
  3. Bakar adunan pada suhu 180-200 darjah selama 20 minit, habis bakar keluarkan biskut dan sapu glaze pada biskut dan bakar semula pada suhu yang sama selama 10 minit hingga keperangan.
  4. Setelah biskut masak hidang atas pinggan dan sapu glaze untuk yang terakhir kali, biskut sedia untuk di makan.

#3 Resepi Ikan Keli Bakar Meletop

Foto – Facebook Rosnani Abdul Hamid

Bahan-bahan

  • 1- 3 ekor ikan keli (jumlah ikan ikut suka nak masak berapa banyak)
  • 1 batang serai
  • 1 ulas bawang besar
  • 5-8 tangkai cili merah atau cili kering
  • 4-5 ulas bawang putih
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu besar madu atau gula
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup

Cara masak

IKLAN

  1. Kisar ke semua bahan-bahan, dah siap kisar lumurkan bahan pada semua ikan keli yang dah dibersihkan.
  2. Masukkan ikan keli dalam air fryer dan bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit.
  3. Ikan dah siap boleh makan dengan nasi panas dan air asam!

#4 Resepi Kuih Bingka Pandan

Foto – Facebook Rosnina Abdul Hamid

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung
  • 1/2 cawan gula
  • 1 cawan air pandan (kisar 4 helai daun pandan dan tapis untuk dapatkan air pandan)
  • 1 kotak kecil santan
  • Sedikit pewarna hijau
  • 2 biji telur
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu makan minyak sapi

Cara masak

  1. Kisar semua bahan dan masukkan adunan dalam loyan 7 inci.
  2. Bakar kuih pada suhu 160 darjah selama satu jam.
  3. Kuih dah siap bakar, sedia untuk dimakan sebagai jamuan minum petang.

#5 Resepi Burnt Cheesecake

Foto – Facebook Rosnani Abdul Hamid

Bahan-bahan

  • 250 gram cream cheese
  • 3 biji telur gred B
  • 3 sudu tepung gandum
  • 4 sudu gula
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 125ml whipping cream
  • Sedikit perahan lemon

Cara masak

  1. Kisar semua bahan-bahan, kemudian masukkan adunan dalam loyang air fryer.
  2. Masak adunan pada sudu 180 darjah selama 25 minit.
  3. Burnt cheesecake siap, dan sedia untuk dihidang.

Senang bukan nak masak menggunakan air fryer ini, kamu kena rajin sikit barulah dapat nikmati makanan yang enak dan lazat terhidang di depan mata.

Selamat mencuba♥

Kredit: Facebook Rosnani Abdul Hamid

Tags: air fryerayam panggangbiskut honey butterburnt cheesecakeCara Guna Air Fryerikan keli bakarkuih bingka pandanMenu Lazat Guna Air FryerResepi Air FryerResepi Masak Guna Air FryerResepi Mudah Guna Air Fryer
Share260SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Telur Dadar Ala Kedai Tomyam, Nak Crispy Kena Letak 2 Bahan Ini
Resepi

Telur Dadar Ala Kedai Tomyam, Nak Crispy Kena Letak 2 Bahan Ini

December 8, 2021
Wanita Kongsi Resepi Lepas Berat Turun Makan Sup ‘Kurus’
Resepi

Wanita Kongsi Resepi Lepas Berat Turun Makan Sup ‘Kurus’

December 5, 2021
Resepi Roti Pisang Wanita Ini Dikongsi Lebih 2 Ribu, Nampak Sedap & Nak Buat Pun Senang!
Resepi

Resepi Roti Pisang Wanita Ini Dikongsi Lebih 2 Ribu, Nampak Sedap & Nak Buat Pun Senang!

November 30, 2021
Buat Kimchi Ikut Tekak Melayu, Hanya Perlu RM10 Sahaja
Resepi

Buat Kimchi Ikut Tekak Melayu, Hanya Perlu RM10 Sahaja

November 6, 2021
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Keajaiban Ayat ‘Laqod Jaa’kum’ Jika Jadi Amalan Harian

  2. 2

    Selena Gomez Buat Kecoh Tanggal Mekap Guna Serum Harga RM1075

  3. 3

    Tiga Cara “Seram” Orang Dulu-Dulu Guna Untuk Tahu Keperawanan Gadis

  4. 4

    Jangan Main Beli, 6 Tips Bantu Kamu Pilih Lampu Yang Sesuai

  5. 5

    Makin Awet Muda Di Usia 51 Tahun, ‘Rosalinda’ Dedah Salah Satu Rahsianya Adalah…

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.