Gara-gara sebuah gambar yang dimuatnaik dalam akaun Instagramnya, Sheila Rusly mendapat kecaman warganet di Malaysia.
Hal ini tercetus bila mana warganet melihat gambar Sheila Rusly mengulum senyuman dengan menampakkan barisan gigi putih yang cantik, dan men-tag pusat kecantikan yang memberikan khidmat pergigian kepada pelakon veteran ini.
Warganet Dakwa Pelakon Pakai Veneer Tiruan
- Foto – Instagram Sheila Rusly
Melihat nama yang pusat kecantikan yang memberikan khidmat gigi veneer kepada pelakon veteran ini, warganet mendakwa bahawa gigi veneer yang di pakainya itu adalah palsu dan sangat tebal.
Apatah lagi warganet juga menganggap gaya pelakon veteran ini, seolah-olah mempromosi khidmat pengamal pergigian palsu kepada orang awam.
Kesan Memakai Veneer Palsu
- Foto – Hype My
Dari situ ramai warganet meluahkan bahaya kesan memakai gigi veneer palsu pada jangka masa panjang, di laman ruangan komen akaun Instagram Sheila Rusly (kini gambar tersebut telah dipadam).
Ramai warganet berkongsi kesan pemakaian gigi veneer palsu dalam ruangan komen tersebut, seperti akan ada masalah gusi dan gigi kepada si pemakai gigi veneer palsu.
- Foto – Oh Bulan
Bagi yang kurang tahu apa lagi kesan lain memakai gigi veneer palsu, dipetik dari Mstar, banyak sebenarnya kesan-kesan lain yang boleh terjadi jika memakai gigi veneer palsu seperti:
- Gigi akan mengeluarkan bau mulut yang busuk
- Sisa makanan melekat pada gigi veneer dan menyebabkan plag yang tidak boleh dibersihkan dengan betul
- Mengalami masalah gusi keradangan
- Rahang sakit
- Tidak dapat menutup mulut dengan betul
Padah Guna Khidmat Pengamal Pergigian Palsu
- Foto – Instagram Sheila Rusly
Kontroversi ini mendapat perhatian ramai pengamal pergigian kesihatan Malaysia, dan ramai yang menyatakan akan membuat aduan serta laporan keatas pusat kecantikan yang menawarkan khidmat pergigian palsu kepada orang awam ini.
Berikutan isu ini, ramai doktor gigi dari kementerian kesihatan memberi nasihat kepada orang awam khususnya kepada selebriti dan influencer agar tidak sewenang-wenangnya mempromosikan khidmat gigi dari pengamal pergigian palsu.
- Foto – Hype My / Cari Infonet
Banyak risikonya dan mudarat kepada diri, apatah lagi kebanyakan pusat-pusat seperti ini tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang komplikasi pada gigi individu yang mendapatkan khidmat mereka.
Kerana pusat mereka bukanlah klinik, ianya hanya pusat kecantikan (beauty care) atau apa jua penamaan yang seumpama dengannya.
Di harap kontroversi yang berlaku ini menjadi pengajaran dan ikhtibar buat kita semua, dan jangan mudah percaya dengan khidmat pergigian yang menawarkan harga yang murah tetapi beri risiko pada masa akan datang.