Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Teknologi

Ini Sebabnya Kenapa Ramai Buka Akaun Telegram Sekarang!

by Mas Idayu
January 14, 2021
Foto - Arkib Wanista

Foto - Arkib Wanista

6
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Sekarang ini aplikasi Telegram semakin mendapat perhatian ramai, apa yang membuatkan aplikasi ini dapat menarik lebih ramai orang untuk menggunakannya?

Seperti sedia maklum, aplikasi Telegram ini memang sudah lama menapak seperti aplikasi komunikasi dan media sosial yang lain cuma aplikasi ini sedikit ‘tenggelam’ berbanding aplikasi yang lain.

Tetapi tahun ini Telegram bangkit dengan fungsi baru yang lebih flesibel dan menarik perhatian ramai, ini antara yang baru dalam Telegram.

Tukar Theme Telegram Semudah 1..2..3..

Foto – Arkib Wanista

Antara salah satu tarikan yang ada pada Telegram adalah theme, di mana pengguna boleh menukar theme Telegram kepada theme gelap ataupun theme putih cerah.

Cara nak tukar sangat mudah, kamu tekan lambang matahari untuk theme cerah dan lambang bulan untuk theme gelap (lihat anak panah dalam gambar di atas).

Telefon Dan Video Kenalan Menerusi Telegram Saja

Foto – Arkib Wanista

Lepas ini kalau nak menelefon kawan-kawan, ahli keluarga, mahupun rakan sekerja boleh guna Telegram, boleh jimat duit kredit kamu dan paling penting ianya sangat clear bila bercakap.

Selain itu, Telegram juga mempunyai fungsi panggilan video di mana fungsi ini dapat memudahkan apa jua tugasan yang ingin kamu lakukan bersama kenalan, ahli keluarga dan rakan sekerja.

Simpan Gambar, Video Dan Pesanan Yang Kamu Inginkan Dalam Satu Slot

Foto – Arkib Wanista

Tidak seperti aplikasi yang lain, Telegram menawarkan slot khas untuk pengguna menyimpan mesej pesanan, gambar, dan video kesukaan tanpa perlu membuat chat kumpulan yang lain.

Cipta ‘Secret Chat’ Kamu Sendiri

Foto – Arkib Wanista

Bagi yang inginkan kumpulan rahsia sendiri bersama rakan, ahli keluarga atau kenalan yang lain, Telegram menawarkan fungsi ‘secret chat’ bagi individu yang terlalu menjaga privasi.

Biasanya fungsi chat sebegini, sangat di minati oleh kaki-kaki peminat artis tempatan mahupun luar negara.

Simpanan Data Tanpa Had

Foto – Arkib Wanista

Ramai yang suka membuat kumpulan masing-masing tetapi risau jika kapasiti aplikasi tersebut tidak mampu menampung data yang ada.

Tetapi dengan Telegram, ciptalah sebanyaknya kumpulan chat ataupun kongsikan sebanyak mana gambar, video, muzik dan mesej pesanan kerana Telegram mempunyai simpanan data tanpa had.

Sistem Privasi Dan Setting Yang Bagus

Foto – Arkib Wanista

Rasanya sesiapa saja, sangat menitikberatkan tentang fungsi privasi dan setting dalam sesuatu aplikasi bukan? Nah, di Telegram segala butiran si pemilik aplikasi sangat di jaga dengan ketat.

Dengan passcode lock dan juga two-step verification, ia membuktikan bahawa Telegram sangat menjaga serta melindungi maklumat pengguna.

Fungsi Self-Destruction

Foto – Arkib Wanista

Selain itu, antara sebab lain mengapa ramai kini membuka akaun Telegram ini adalah kerana fungsi pemadaman akaun secara automatik, selepas pengguna setkan tempoh bila akaun tersebut akan ditutup buat selamanya.

Fungsi sebegini sangat bagus, bagi individu yang tidak ingin menggunakan aplikasi ini kerana masalah kesihatan atau disebabkan faktor lain.

Tak hairanlah aplikasi Telegram kian mendapat tempat dalam pengguna media sosial, dengan fungsi yang baharu beserta sistem yang menjaga privasi pengguna membuatkan Telegram digemari ramai.

Tags: Apa Yang Best Dengan TelegramAplikasi TelegramIni Sebab Ramai Guna TelegramKenapa Ramai Orang Guna TelegramTelegramTelegram Ada Fungsi Baru
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - FujiFilm
Teknologi

[REVIEW] Fujifilm instax mini BTS Butter Version, 4 Benda Wajib Tahu Sebelum Beli instax mini 11 Edisi Khas Ini!

by Sofie Azizlan
December 22, 2021
0

Limited edition? Sumpah excited dan tak sabar! Syarikat kamera terkenal, Fujifilm telah bekerjasama dengan kumpulan K-Pop terkenal iaitu BTS. Menerusi...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Teknologi

“Patutlah Slow”- Nak Tahu Wi-Fi Kena Curi Atau Tak, Cuba Buat Macam Ini

by Sofie Azizlan
December 9, 2021
0

Nak kata tak bayar bil Wi-Fi, dah pun bayar. Tetapi kenapa slow semacam je ni? Kalau kamu pernah alami situasi...

Baca Lagi
Teknologi

Adakah Salah Jika Anggota BLACKPINK Tak Pakai SAMSUNG Tapi iPhone?

by Zainab Hadid
October 13, 2021
0

Telefon bimbit yang digunakan oleh ahli kumpulan BLACKPINK baru-baru ini menjadi kontroversi dan bualan hangat di kalangan netizen. Ia bermula...

Baca Lagi
Foto - @casesbywf (Instagram) / Arkib Wanista
Teknologi

[Temu Bual] Unik Dan Trendy, CasesbyWF Bukan Sekadar Casing Phone Lokal

by Sofie Azizlan
May 31, 2021
0

Siapa dekat sini suka bertukar-tukar phone cases atau rekaan yang dicari tiada di pasaran lokal? Kalau sering alami situasi tersebut,...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.