Bercakap soal kecantikan, sudah menjadi lumrah tiada seorang wanita pun yang tidak mahu tampil cantik, betulkan?
Tidak kiralah secara semula jadi mahupun mengenakan alat kosmetik, kecantikan itu pasti memberikan keyakinan kepada para wanita.
Bagi kebanyakan wanita, penggunaan alat kosmetik dianggap sebagai rutin harian. Disebalik penggunaan itu, adakah kamu tahu sebenarnya beberapa alat kosmetik dan tabiat ini boleh mendatangkan bahaya?
Alat Kosmetik Yang Berbahaya
-
Lipstick
Tipulah kalau tiada wanita yang tidak sukakan lipstick atau menyimpan satu dalam beg tangan mereka. Lipstick adalah salah satu alat kosmetik yang penting dan wajib ada bagi setiap wanita.
Memang betul, pemakaiannya boleh menjadikan wajah kamu lebih menarik dan berseri tetapi lipstick juga berpotensi dalam menyebabkan kanser bibir berlaku.
Ini kerana bahan yang digunakan untuk penghasilan lipstick menggunakan plumbum sebanyak 67% sebagai bahan utamanya. Kalau kamu tetap mahu memakai lipstick, kamu boleh menggunakan lipstick organik atau mengurangkan penggunaan lipstick yang sedia ada.
-
Maskara
Bagi mereka yang ingin lentikkan bulu mata, sudah semestinya maskara akan menjadi pilihan utama. Tetapi, di sebalik pemakaian maskara ini, kamu perlu tahu alat kosmetik ini sangat mudah terdedah kepada bakteria.
Ini kerana tiub maskara yang lembap dan gelap menjadi tempat yang sesuai untuk pembiakan bakteria dan boleh menyebabkan pelbagai jenis jangkitan tidak kiralah jangkitan biasa atau jangkitan serius.
Jika ia dijangkiti, kamu boleh mengalami jangkitan seperti sakit atau merah pada mata sehinggalah boleh menyebabkan buta disebabkan oleh maskara yang kotor dan tidak bersih.
Kamu boleh elakkan maskara daripada dijangkiti bakteria dengan meletakkan ia alat tersebut di tempat yang sejuk dan kering.
-
Pewarna Rambut
Mustahil kalau tidak nampak cantik selepas mewarnakan rambut. Bagi wanita yang sering bertukar warna rambut, sebenarnya alat kosmetik ini memberikan kesan kepada kamu dalam jangka masa yang panjang.
Setiap pewarna rambut mengandungi Para Phenyline Diamine (PDD) iaitu bahan kimia yang digunakan dalam menghasilkan pewarna rambut yang cantik pada si pemakai. Risiko PDD ini boleh menyebabkan beberapa jenis alahan.
Si pemakai boleh mengalami alahan seperti melukakan dan membengkakan kulit kepala, keguguran rambut yang biasa dan boleh menyebabkan keguguran rambut yang kekal.
Jika kamu mahu juga mewarnakan rambut, pilihlah produk yang menggunakan bahan semula jadi seperti inai atau pewarna rambut yang menggunakan herba.
-
Pewarna Kuku
Nampak cantik sangat apabila kuku berwarna-warni dan berkilat selepas menggunakan pewarna kuku. Tetapi di sebalik kecantikan itu, pewarna kuku boleh menyebabkan kerosakan pada kulit dan juga kuku kamu.
Jika kamu menggunakan pewarna kuku yang gelap, ia boleh menjadikan kuku kamu kotor dan berwarna kekuningan selepas mencucinya. Sekiranya pewarna kuku kamu mengandungi aseton, bahan ini mempunyai potensi untuk melemahkan dan merosakkan kekuatan kuku kerana ia adalah bahan kimia yang keras.
Tabiat Buruk Dalam Kecantikan
-
Tarikh Luput Alat Kosmetik
Bagi segelintir wanita, terdapat beberapa alat kosmetik yang tidak pernah dipakai atau memakai dalam kuantiti yang sedikit untuk berjimat. Tetapi adakah kamu tahu, setiap alat kosmetik ini mempunyai tarikh luput masing-masing?
Untuk pengetahuan kamu, setiap alat kosmetik mempunyai tarikh luput berlainan. Jika kamu menggunakan alat kosmetik yang telah melepasi tarikh luputnya, jangan terkejut jika secara tiba-tiba muka kamu mengalami kerengsaan atau breakout.
Ini kerana, setiap alat kosmetik yang melepasi tarikh luput akan membuatkan wajah kamu mudah dijadikan sebagai tempat pembiakan bakteria dan kulat. Kesannya, wajah kamu boleh mengalami jangkitan.
-
Berkongsi Alat Kosmetik
“Boleh tak kalau nak pinjam alat kosmetik, lupalah nak bawa sebelum keluar”
Bagi wanita yang mempunyai rakan baik, kebiasaannya mereka akan berkongsi alat kosmetik sesama mereka. Dalam tidak sedar, setiap wanita yang berkongsi alat kosmetik ini tidak tahu sama ada ianya bersih atau tidak.
Jika kamu meminjam daripada rakan, kamu tidak tahu sama ada pemiliknya mempunyai masalah kulit atau kesihatan. Jadi, alat kosmetik ini boleh dikatakan sebagai salah satu pembawa jangkitan dan mudah menjangkiti sesiapa sahaja yang memakainya.
Sekiranya kamu berkongsi lipstick, tidak mustahil ia boleh menyebabkan jangkitan pada bibir. Manakala eyeshadows dan eyeliner boleh menyebabkan keradangan pada mata.
-
Berus Alat Kosmetik Kotor
Memang malas untuk mencuci setiap alat yang digunakan ketika memakai kosmetik. Seperti berus, jika kamu tidak mencucinya sekurang-kurangnya sekali seminggu, ia boleh menjadi tempat pembiakan kuman dan bakteria.
Apabila ini menjadi tabiat untuk tidak membersihkan, kamu akan menggunakannya berulang-ulang kali pada bahagian wajah dan menyebabkan bakteria dan kuman tersebar secara keseluruhannya. Kesannya, wajah kamu dijangkiti dengan pelbagai jenis penyakit dan boleh menyebabkan breakout.
-
Tidur Tanpa Buang Alat Solek
Kadangkala memang penat untuk menanggalkan alat solek di wajah selepas seharian di luar rumah. Tetapi kamu perlu elakkan untuk terus berehat atau tidur dengan alat solek di wajah.
Kenapa? Ini kerana, tidur tanpa membuang alat solek boleh menyebabkan kerosakan yang ekstrem pada kulit kamu. Alat solek yang dibiarkan semalaman di wajah boleh menyebabkan pori kamu tersumbat dan minyak berlebihan di wajah yang mengakibatkan pembentukan jerawat.
Untuk pengetahuan kamu, setiap alat kosmetik yang digunakan memberi potensi yang tinggi kepada pendedahan terhadap radikal bebeas yang menyebabkan pemecahan kolagen kulit dan pembentukan kedutan pramatang.
Selepas ini kamu perlu tahu, tabiat dan alat kosmetik mana yang perlu digunakan dalam cara yang betul bagi mengelakkan kesan yang berbahaya pada kesihatan terutamanya wajah kamu.