Orang Malaysia mengenali pelawak wanita dari Korea ini dengan panggilan Hidayah. Hidayah atau nama sebenarnya Lee Se Young terhasil menerusi video-video yang disunting oleh DaebaKing yang dikongsi Facebook.
Lama kita tak dengar cerita tentang wanita 32 tahun ini, Lee Se Young kejutkan peminat dengan wajah baru untuk tahun baru 2021. New year, new me!
Lee Se Young Kembali Dengan Wajah Serba Baru
Pelawak Lee Se Young kembali dengan video baru untuk saluran Youtube-nya dan kali ini, dengan wajah baru!
- Foto – Arkib Wanista
Berkongsi di video, Lee Se Young memberitahu dia melakukan pembedahan plastik pada wajah.
Operasi pembedahan plastik apa yang dilakukannya? Kata Lee Se Young, dia melakukan pembedahan mata supaya lebih besar dan galak.
“Seperti yang anda semua dapat lihat, saya menjalani pemebdahan kelopak mata berganda. Saya juga menjalani pembedahan pembetulan mata, epicanthoplasty dan lateral canthoplasty. Mata saya serba baru.
Alasan Lee Se Young Ubah Wajah
Dalam video, Lee Se Young menjawab alasan mengapa dia memutuskan untuk menjalani pembedahan plastik.
- Foto – Youtube
“Kerana diri saya yang kompleks. Sejak berusa 20 tahun, saya selalu ingin menjalani pembedahan kelopak mata berganda tetapi kerana kerjaya, saya tidak berjaya lakukan.
“Kemudian di usia sekarang 32 tahun, saya membuat keputusan besar untuk melakukannya. Saya rasa saya sudah mengatasi kompleks saya sekarang.
Sering Terima Komen Negatif Dan Dibenci Kerana Rupa Paras
Terdahulu Lee Se Young sering menerima komen negatif dan kebencian bertahun-tahun lamanya hanya kerana penampilan yang ‘biasa-biasa’.
Lee mengaku bahawa dia ingin menjalani pembedahan plastik sejak sekian lama kerana mempunyai wajah kompleks yang tidak cantik di mata netizen.
Apapun alasan Lee Se Young, asalkan dia bahagia dan gembira dengan penampilan sekarang, itu sudah memadai. Siapa kita nak persoalkan.
Lee Se Young aka ‘Hidayah’ masih tetap cantik dengan atau tanpa double eyelids.