Sebuah resort lima bintang dan menjadi pilihan kebanyakan pelancong, The Andaman, A Luxury Resort yang terletak di Jalan Datai, Langkawi dikatakan hampir musnah dalam kebakaran.
Berita itu telah mengejutkan orang ramai apabila sebuah blok resort tersebut hampir keseluruhan musnah. Dikatakan api menjadi marah disebabkan oleh faktor angin yang kencang.
Kebakaran yang berlaku sebanyak dua kali itu berjaya dipadamkan pada peringkat awal kira-kira pada pukul 10 malam (12 Januari 2021).
Pihak Bomba dan Penyelamat Langkawi serta Persiaran Putra telah menerima sekali lagi panggilan kebakaran di lokasi yang sama pada jam hampir 1:15 pagi (13 Januari 2021) untuk memadamkan kebakaran kedua.
“Struktur binaan bangunan di resort tersebut menggunakan kayu. Situasi ini membuatkan proses pemadaman tidak dapat dilakukan dengan cepat disebabkan angin yang kencang membuatkan api marak dengan cepat dan memusnahkan bangunan tersebut dalam sekelip mata”, ujar Pihak Bomba dan Penyelamat.
Kebakaran tersebut telah melibatkan bangunan yang memiliki tiga seksyen yang penting seperti pejabat pentadbiran, lobi utama dan dewan besar. Selain itu, kebakaran itu juga melibatkan sayap utara dan selatan di mana lokasi itu merupakan bilik penginapan para tetamu.
Semasa kejadian kebakaran tersebut terjadi, para petugas dan pihak bomba telah membantu pihak pengurusan resort dalam memindahkan para tetamu ke hotel lain.
“Kejadian kebakaran ini dipercayai berpunca daripada kebakaran yang berlaku di dapur resort tersebut. Kesan kebakaran tersebut telah menyebabkan ia merebak sehingga ke bahagian utama resort”, ujar Pihak Bomba dan Penyelamat.
Oh no, it’s not even the end of Jan 2021 yet but this is happening now at The Andaman, #Langkawi! 😭😭😭 pic.twitter.com/inamEcGOtE
— Adli Syahril (@adlisyahril) January 13, 2021
The Andaman Resort Langkawi 😔 pic.twitter.com/I6dRqtjRbb
— Ewan syazwan (@EwanSyazwan) January 13, 2021
Kerosakan besar akibat kebakaran yang berlaku di The Andaman Resort ini telah menyebabkan kerja pembaikan perlu dilakukan secara menyeluruh sebelum ia boleh beroperasi semula.