Pengumuman yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada petang semalam, (11 Januari 2021) mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang diandaikan oleh orang ramai.
Dengan kes melonjak naik saban hari hingga mencecah empat digit, membuatkan hospital tidak dapat lagi menampung jumlah pesakit yang dijangkit wabak pandemik ini.
Terpaksa Laksana PKP 2.0
- Foto – Twitter KKM
Oleh itu, kerajaan terpaksa melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang bermula 13 Januari hingga 26 Januari 2021 di enam negeri yang mencatat rekod jangkitan Covid-19 tertinggi.
- Selangor
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya Dan Labuan
- Melaka
- Johor
- Sabah
- Pulau Pinang
PKPB Dan PKPP Juga Dilaksana
- Foto – ISMA WEB
Selain itu, kerajaan juga mengenalpasti negeri-negeri yang perlu menjalani Perintah Kawalan Bersyarat (PKPB) dan juga negeri yang perlu menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sepanjang tempoh dua minggu ini.
Negeri Yang Harus Jalani PKPB
- Pahang
- Perak
- Negeri Sembilan
- Kedah
- Terengganu
- Kelantan
Negeri Yang Harus Jalani PKPP
- Perlis
- Sarawak
Tangani Penularan Wabak Dengan SOP Yang Disarankan
- Foto – Arkib Wanista
Menurusi perutusan yang disampaikan oleh perdana Menteri, rakyat harus mengamalkan SOP yang lebih ketat dalam tempoh dua minggu pelaksaan PKP 2.0 yang bakal dijalankan esok pada 13 Januari 2021.
Mandatori Yang Perlu Diberi Perhatian Sepanjang PKP 2.0
Selain mengamalkan SOP yang lebih ketat, kerajaan juga mengeluarkan beberapa mandatori lain yang harus rakyat beri perhatian sepanjang tempoh PKP 2.0 dilaksanakan.
- Aktiviti sosial seperti kenduri, seminar, sambutan perayaan dan sukan berkumpulan tidak dibenarkan kecuali bagi negeri di bawah PKPP.
- Rentas negeri dan daerah tidak dibenarkan buat seluruh negeri dan sekatan jalanraya akan bermula esok 13 Januari 2021.
- Rakyat hanya dibenarkan keluar rumah dalam lingkungan 10 kilometer dan hanya dua orang penumpang dalam satu keluarga dibenarkan menaiki kenderaan.
- 5 sektor ekonomi dibenarkan beroperasi (Pengilangan dan Pembuatan, Pembinaan, Perkhidmatan, Perdagangan dan Pengedaran, dan Perladangan dan Komoditi.
- 30 peratus pekerja di bahagian pengurusan dibenarkan bekerja sambil mengikuti SOP.
- Bidang bukan perkhidmatan mandatori bekerja dari rumah
- Restoran dan bahagian makan serta minuman hanya dibenarkan beroperasi untuk khidmat takeaway dan khidmat penghantaran makanan bagi negeri di bawah PKPB dan PKPP.
- Melakukan aktiviti sukan seperti bersenam dan berbasikal hanya dibenarkan bersama ahli keluarga dengan mengamalkan penjarakan sosial.
- Akhir sekali, pelajar yang menduduki SPM 2020 dan 2021 dibenarkan ke sekolah untuk menduduki peperiksaan sambil mengikuti SOP.
Jaga Diri Dan Keluarga
- Foto – CMAJ News
Dengan penularan kadar jangkitan yang tinggi ini, kerajaan menggesa agar orang ramai dapat menjaga diri dan keluarga sepanjang tempoh pelaksaan PKP 2.0 dijalankan.
Sama-sama kita atasi pandemik dengan mengamalkan penjarakan sosial, kerap mencuci tangan dengan air dan sabun, memakai hand sanitizer serta memakai topeng pelitup hidung dan mulut.
#KitaJagaKita #PerintahKawalanPergerakan2.0 #PKP2.0 #PKPB #PKPP #PKPGelombang2.0 #DudukRumah