Sudah menjadi kebiasaan untuk menaik taraf sesebuah aplikasi bagi memperkenalkan dan menetapkan reka bentuk terbaru dengan menambahkan beberapa ciri terkini.
Seperti Facebook, aplikasi tersebut telah menaik taraf secara keseluruhan termasuklah Facebook Pages. Dinaik taraf dengan beberapa ciri terbaru, tetapi ada satu perubahan yang dilakukan oleh pihak Facebook telah mengejutkan orang ramai.
“Apa?! Facebook Page sudah tiada butang ‘Like’?!
Ya, betul! Kini Facebook telah ‘membuang’ bahagian butang ‘Like’ pada Facebook Page.
Kenapa Ciri Butang ‘Like’ Dibuang?
Melihat kepada ciri butang ‘Like’ ini, pihak Facebook mengatakan ia sebagai sebuah gambaran yang mencetuskan salah faham dalam kalangan pengguna.
Ini kerana pengguna Facebook akan berasa keliru dan salah mentafsir tentang bagaimanakah jangkauan dan populariti sesebuah page tersebut. Jadi, pembuangan ini akan membuatkan Facebook Page memfokuskan kepada pengikut dan bukannya like.
Bagi mengetahui jumlah pengikut pada sesebuah page, ia akan diukur dengan lebih realistik dengan melihat seberapa banyak pengguna yang dicapai oleh page tersebut.
Ciri-Ciri Baru Diperkenalkan
Selepas pembuangan butang ‘Like’ ini, Facebook telah memperkenalkan beberapa ciri-ciri yang terbaru untuk Facebook Page.
Ciri-ciri terbaru ini dikatakan direka semula untuk menjadikan public figures dan creators untuk membina komuniti sendiri serta mencapai objektif utama mereka.
Reka Bentuk
Untuk reka bentuk terbaru, ciri ini telah memudahkan pengguna Facebook untuk menavigasikan profil peribadi mereka dengan Facebook Page. Naik taraf semula ini menjadikan ia kelihatan lebih ringkas dan lancar daripada sebelum ini.
Melalui pembaharuan ini, ia memudahkan pengguna lain untuk melihat bio, posting dan beberapa maklumat penting yang lain berbanding sebelum ini.
News Feed
Buat pertama kalinya, Facebook Page boleh mengakses kepada News Feed. Pengaksesan ini membolehkan page untuk menyertai perbualan, ikut trend dan berinteraksi dengan pengikut.
Ciri News Feed terbaru ini akan mencadangkan beberapa hubungan baru seperti public figures yang lain, pages, groups dan beberapa kandungan yang menjadi trending.
Untuk memudahkan pages ini dilihat dan diikuti oleh pengguna Facebook yang lain, pages ini akan muncul dengan kerap di News Feed milik pengguna. Dalam pada masa yang sama, komen daripada pages ini akan berada di tempat yang teratas iaitu mudah untuk dilihat oleh pengguna sebelum mengikuti secara langsung.
Fokus Kepada Pengikut
Pembuangan butang ‘Like’ ini membolehkan Facebook Page untuk memberi fokus kepada pengikut dalam berinteraksi dan berhubung dengan page kegemaran mereka.
Berbeza dengan butang ‘Like’ pada sebelum ini, pengikut bagi sesebuah page hanya akan mewakili public figures tertentu untuk memberi gambaran kepada pengguna lain tentang ‘fan base’ mereka.
Page Management Tools
Bagi Page Management Tools, Facebook telah menambahkan beberapa ciri terbaru seperti kemampuan untuk tetapkan dan mengurus kebenaran akses setiap admin dengan lebih jelas berdasarkan tugas-tugas yang tertentu.
Sebagai contoh, kamu boleh berikan pelbagai jenis tahap akses dalam menguruskan beberapa tugas khas seperti Insights, Ads, Content dan Community Activity & Messages.
Keselamatan Dan Integriti
Untuk ciri keselamatan dan integriti, Facebook telah meningkatkan kemampuan mereka untuk mengesan beberapa aktiviti yang dilarang untuk digunakan seperti membuat posting berunsurkan keganasan, kebencian dan kekerasan, kandungan seksual atau spam serta peniruan identiti.
Facebook juga akan memperluaskan pengguaan verified badge untuk memudahkan pihak mereka mengenal pasti posting dan komen yang dibuat daripada Pages dan profil yang sahih.
Untuk komen milik page (yang telah disahkan) pada posting page yang lain akan muncul di bahagian teratas bahagian komen dan di News Feed.
Bagi penulis sendiri, ciri-ciri terbaru ini sangat memuaskan hati apabila hanya berfokuskan kepada engagement di antara pengikut dan pages itu sendiri. Kamu pula bagaimana?