Muka Makin ‘Bengkak’, Ini Cara Betul Hilangkan Lemak

1.3k
KONGSIAN

Bangun sahaja dari tidur dan terus lihat wajah di cermin, mula nampak-nampak lemak yang membuatkan wajah lebih bulat daripada biasa.

Bagi sesetengah orang, memiliki pipi yang gebu dan bulat membuatkan mereka kelihatan lebih comel. Tetapi untuk sesetengah individu, mereka lebih gemar memiliki wajah yang runcing dan kurus.

Kamu pula bagaimana, adakah suka wajah kelihatan bulat dan comel atau lebih mengidamkan wajah yang runcing dengan membuang lemak-lemak tersebut?

Lemak Pada Wajah

Mesti kamu tertanya-tanya bagaimanakah lemak pada wajah boleh terjadi. Untuk pengetahuan kamu, lemak pada wajah yang berlebihan dan ketara adalah disebabkan oleh diet yang tidak sihat, kurang bersenam atau genetik.

Foto – Women’s Health

Lemak-lemak ini sering berkumpul dan selalunya lebih ketara penampilannya di bahagian pipi, rahang, di bawah dagu dan juga leher.

Cara Hilangkannya 

Penulis faham lemak pada wajah membuatkan muka kamu kelihatan bengkak. Susah mencari angle yang sesuai untuk selfie dan jika salah ambil gambar orang akan katakan kamu sudah naik berat badan. Jadi untuk hilangkannya, kamu boleh melakukan beberapa cara semula jadi untuk menghilangkan lemak pada wajah.

Senaman Wajah 

Bukan sahaja senaman wajah ini bantu kamu hilangkan lemak, malah ia juga boleh merawat penampilan, melambatkan penuaan dan tingkatkan kekuatan otot di wajah.

#1 Lip Pull 

Senaman ini memberikan kamu facelift secara keseluruhan, dagu yang runcing dan tulang rahang yang tajam.

GIF – Top 10 Home Remedies

Cara-caranya: 

  1. Pastikan kepala kamu dalam keadaan selesa.
  2. Keluarkan bibir bawah ke aras atas sejauh yang mungkin untuk meregangkan tulang rahang.
  3. Ulangi langkah ini sebanyak 15 kali (10 saat sehingga 15 saat).

#2 Chin Lift 

Senaman ini berfokuskan kepada penonjolan garis rahang dan dagu.

GIF – Top 10 Home Remedies

Cara-caranya:

  1. Berdiri dalam posisi yang selesa.
  2. Tolak kepala ke bahagian belakang sehingga wajah kamu menghadap ke arah siling.
  3. Tarik bibir ke arah atas dalam bentuk ciuman untuk memberikan ketegangan pada garis rahang.
  4. Ulang kedudukan ini sebanyak 20 kali (10 saat).

#3 ‘Muka Ikan’

Jika kamu membuat senaman ini, ia akan meregangkan otot pipi untuk kelihatan lebih runcing dan langsing.

Cara-caranya:

  1. Letakkan kepala dalam posisi yang selesa.
  2. Hisap bahagian dalaman pipi dan bibir untuk dijadikan sebagai bentuk ikan.
  3. Ulangi keadaan ini sebanyak 20 kali (15 saat sehingga 20 saat).

#4 Jaw Release 

Sesuai untuk mereka yang mempunyai double chin, senaman ini boleh mengurangkan lapisan pada dagu dan menonjolkan tulang rahang kamu.

GIF – Top 10 Home Remedies

Cara-caranya:

  1. Duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa.
  2. Tutup mulut dengan rapat dan buat gerakan seperti mengunyah makanan.
  3. Ulang sebanyak 10 kali (5 saat).

#5 ‘Mencuci Mulut’

Senaman ini membantu kamu dalam menegangkan otot pipi dan memberikan penampilan rahang seolah-olah seperti membuat pembedahan.

GIF – Top 10 Home Remedies

Cara-caranya:

  1. Isi atau sedut udara sehingga semaksimumnya.
  2. Kemudian tutup mulut dan cuba lakukan kesan seperti kamu sedang passing udara dari satu sisi ke sisi yang lain.
  3. Lakukan gerakan ini seperti kamu sedang berkumur.
  4. Ulang posisi ini sebanyak 5 sehingga10 kali (60 saat).

Yoga 

Memberikan kesan tidak sepantas seperti melakukan senaman wajah, tetapi pose yoga ini menggunakan teknik yang tidak menyakitkan dan sangat tahan lama. Hasilnya boleh dilihat sekiranya kamu melakukan pose dengan betul.

#1 Simha Mudra 

Pose ini seolah-olah seperti seekor singa. Gerakan ini bukan sahaja meregangkan otot muka tetapi ia berfungsi di kawasan yang berhampiran dengan kelenjar tiroid.

Cara-caranya:

  1. Duduk dalam posisi melutut dan letakkan tangan di atas lantai.
  2. Buka mulut dengan lebar dan jelurkan lidah ke arah bawah iaitu ke arah dagu.
  3. Bernafas melalui mulut dan cuba untuk keluarkan suara daripada kerongkong seolah-olah seperti seekor singa.
  4. Ulang perbuatan ini sebanyak 5 kali.

#2 Jivha Bandha 

Ada yang menghadapi kesukaran dalam melakukan locked tongue pose. Tetapi pose ini akan memberikan kesan yang efektif pada otot muka serta penampilan ketara pada rahang.

Foto – Yoga Chapter

Cara-caranya:

  1. Duduk dalam posisi yoga Padmasana.
  2. Letakkan kedua-dua belah tangan di atas paha.
  3. Gerakkan hujung lidah ke arah belakang seolah-olah kamu mahu menelannya.
  4. Apabila lidah berada di arah belakang, buka mulut kamu selebarnya sehingga rasa regangan pada otot tekak dan leher.
  5. Ulang posisi ini sebanyak 5 kali.

Minum Air Kosong 

Macam-macam manfaat tentang air kosong yang pernah kamu dengar. Selain bagus untuk kesihatan kamu secara keseluruhan, air kosong ini juga penting dalam menghilangkan lemak.

Foto – Times Of India

Ini kerana dengan hanya meminum air kosong, kamu dapat berasa kenyang dan boleh menurunkan berat badan dengan lebih cepat. Kandungan air kosong juga boleh tingkatkan metabolisme kamu buat sementara waktu.

Dalam pada masa yang sama, air kosong dapat meningkatkan jumlah pembakaran kalori sepanjang hari di mana ia membuatkan penurunan berat badan berlaku.

Elak Makan Refined Carbs 

Kalau kamu mahu tahu, refined carbs seperti keropok, pasta dan biskut boleh menjadi penyebab utama dalam kenaikan berat badan dan penyimpanan lemak.

Foto – Eat This Not That

Refined carbs ini telah diproses berulang kali sehingga menyebabkan makanan ini kehilangan sumber nutrien dan serta yang bermanfaat dan hanya meninggalkan gula dan juga kalori.

Baiki Jadual Tidur 

Nampak simple sahaja, tetapi jika jadual tidur tidak betul seperti kebiasaannya kamu akan mengalami kesan yang buruk pada tubuh badan.

Foto – Sleep And Sound

Pengurangan tidur boleh menyebabkan peningkatan tahap kortisol, hormon stress dan juga kenaikan berat badan. Apabila kesemua penyebab ini mengalami peningkatan, ia akan menyebabkan selera makan dan metabolisme berubah secara 100%.

Jadi, dapatkan tidur yang berkualiti sekurang-kurangnya 8 jam setiap malam untuk kurangkan berat badan dan lemak pada wajah.

Tidak susah untuk hilangkan ‘bengkak’ dan lemak pada wajah. Kamu hanya perlu konsisten dan bermotivasi kerana kesemua cara untuk hilangkan lemak pada wajah hanya memerlukan langkah yang sahaja mudah.

RUJUKAN: 1, 2, 3, 4

Related Posts