Kajian menunjukkan kira-kira 10% daripada manusia akan atau masih mengalami depression atau kemurungan pada bila-bila waktu dalam kehidupan mereka.
Kemurungan adalah satu keadaan di mana berlakunya perubahan mood yang menjejaskan kehidupan dan kesihatan mental penderita jika tidak dirawat dengan kadar segera. Dengan keadaan dunia yang sedang mengganas penularan Covid-19, dilihat kesihatan mental setiap orang tidak akan pernah surut.
Selain terapi, tahukah kamu sedikit sebanyak boleh melawan penyakit ini dengan amalan diet mediterranean dalam rutin harian. Kajian menunjukkan hubungan antara diet mediterranean dan risiko kemurungan.
Definisi Diet Mediterranean
Diet ini berdasarkan pada makanan tradisional yang biasa dimakan orang-orang di negara Itali dan Yunani pada tahun 1960.
Banyak kajian menunjukkan bahawa diet ini boleh menyebabkan penurunan berat badan dan membantu mencegah serangan jantung, strok, diabetes jenis 2 dan kematian pramatang, bahkan untuk kesihatan mental juga.
- Foto – Eat This
Diet ini mengamalkan pemakanan buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, minyak zaitun dan bijirin penuh. Diet kurang atau tidak langsung mengambil daging merah, daging proses, susu, lemak trans, lemak tıpu dan gula halus.
Diet ini menolak dan langsung tidak menyentuh alkohol menjadikannya bagus untuk dijadikan amalan.
Apa Hubung Kait Diet Mediterranean Dengan Kemurungan?
Diet ini memfokuskan kepada tumbuhan yang sangat bagus untuk mengurangkan kerengsaan di dalam otak, di samping bagus untuk minda dan tubuh badan yang lebih sihat.
Kajian mengatakan diet mediterranean mampu mencegah daripada berlakunya simptom kemurungan pada lewat usia sekiranya diamalkan sejak muda lagi.
Makanan Kamu Kena Ambil Untuk Diet Mediterranean
- Foto – Chatelaine
- Makan : Sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang, kentang, bijirin, roti, rempah ratus, ikan, makanan laut dan minyak zaitun.
- Makan secara sederhana : Telur, keju, yogurt.
- Makan jarang-jarang : Daging merah
- Jangan makan : Minuman manis, gula, daging proses, segala makanan yang diproses, dan juga alkohol.
Tidak Hanya Makan, Lawan Kemurungan Dengan Prinsip ‘SEE’
Mary Fristad, profesor di The Ohio State University memberitahu diet mediterranean bagus untuk membantu melawan kemurungan, namun ia tidak seksdar pada pemakanan saja.
Pendekatan prinsip ‘SEE’ iaitu Sleep, Eating, Exercise penting untuk keseimbangan gaya hidup yang sihat sejahtera. Sekiranya ketiga-tiga aktiviti ini dipraktikkan, risiko serangan kemurungan dapat dikurangnya.
- Foto – Forbes
Contoh kamu mungkin boleh tidur lebih kurang 8 jam sehari, makan makanan bernutrisi tinggi serta kerap bersenam dalam seminggu.
Selamat Beramal!