Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Hiburan

8 K-Drama Yang Paling Best 2021, Wajib Tonton!

by Soph.Azz
January 4, 2021
Foto - Soompi Forums / Pinterest

Foto - Soompi Forums / Pinterest

205
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

“Mana satu K-Drama yang paling best untuk ditonton pada tahun ini?”

Bagi peminat K-Drama, dengar kata banyak drama yang best akan ditayangkan pada tahun 2021 ini?

Kalau kamu mahu tahu K-Drama apa yang akan ditayangkan, penulis akan list out semuanya dan hanya yang best sahaja untuk tontonan kamu!

Money Heist (Korean Remake)

Ditayangkan sebanyak 12 episod, Money Heist (Korean Remake) ini diadaptasikan daripada siri drama Sepanyol yang sangat popular iaitu La Casa De Papel (Money Heist).

Foto – Soompi Forums / Deadline

Melalui The Professor, watak ini akan mengaturkan sebuah rancangan dalam mencetuskan kejadian pencurian yang terbesar dalam sejarah.

Genre: Action, Thriller, Misteri, Jenayah

Ditayangkan: TBA (To Be Announced)

Sunbae, Don’t Put On That Lipstick

Yoon Song-Ah (Won Jin-Ah) bekerja sebagai seorang pemasar barangan kosmetik untuk sebuah jenama. Dia mempunyai impian untuk memulakan jenama kosmetiknya sendiri.

Foto – Soompi Forums

Sementara itu Chae Hyun-Seung (Ro Woon) iaitu rakan kerja Yoon Song-Ah tertarik kepadanya dan cuba untuk menjalinkan hubungan romantis dengannya. Tetapi hubungan itu ditolak kerana Yoon Song-Ah tidak mahukan lelaki yang muda.

Genre: Komedi dan romantik 

Ditayangkan: 18 Januari 2021

Mouse

Drama ini mengisahkan tentang pembunuhan bersiri yang menjadi ancaman kepada negara. Jung Ba-Reum (Lee Seung-Gi) adalah serang pegawai polis yang berusaha dalam mencapai keadilan.

Foto – Twitter

Semasa dia berhadapan dengan psikopat dan juga pembunuh bersiri itu, Jung Ba-Reum mula mendapati hidupnya berubah dan mendekati pelaku dengan pertanyaan “Bagaimana jika kita mengenali psikopat tersebut terlebih dahulu?”

Genre: Aksi, thriller, misteri dan jenayah 

Ditayangkan:  Februari 2021

Vincenzo

Setelah diambil dan dijaga oleh keluarga angkat pada usia 8 tahun, Park Joo-Hyeong (Song Joong-Ki) telah dibawa ke Itali dan menukar nama ke Vincenzo Casano.

Foto – Pinterest

Dia yang merupakan seorang peguam yang bekerja untuk mafia sebagai consigliere dan disebabkan oleh salah faham di antara kumpulan mafia, Vicenzo Casano melarikan diri ke Korea Selatan.

Di Korea Selatan, dia telah bertemu dengan Hong Cha-Young (Jeon Yeo-Bin) iaitu seorang peguam yang sanggup melakukan apa sahaja untuk memenangi kes. Dalam pada masa yang sama, Vicenzo Casano mula jatuh cinta pada Hong Cha-Young.

Genre: Komedi, romantik dan jenayah

IKLAN

Ditayangkan: 20 Februari 2021

Oh! Master

Drama ini mengisahkan tentang Han Bi-Soo (Lee Min-Ki) yang tidak berminat dalam menjalinkan hubungan romantis dan merupakan penulis skrip drama thriller yang terbaik di Korea Selatan.

Foto – Pinterest

Manakala Oh Joo-In (Nana) adalah seorang pelakon yang popular dan sering muncul dalam komedi romantik walapun realitinya dia tidak berapa bagus dalam hubungannya sendiri. Mereka berdua mula berhubungan apabila tinggal bersama untuk satu kejadian.

Genre: Komedi dan romantik 

Ditayangkan: 3 Mac 2021

River Where The Moon Rises

Berkisahkan tentang cerita cinta antara Pyong Gang (Kim So-Hyun) dan On Dal (Ji Soo) iaitu watak dalam cerita rakyat Goguryeo.

Foto – Soompi

Pyong Gang adalah seorang puteri Goguryeo yang dibesarkan sebagai seorang askar sebaik sahaja dilahirkan. Akibat daripada itu, dia mempunyai cita-cita tinggi untuk menjadi Raja Goguryeo dan secara tidak langsung bertemu dengan seorang lelaki bernama On Dal.

Genre: Sejarah, romantik, politik 

Ditayangkan: Februari 2021

Deluxe Taxi 

Kim Do-Ki (Lee Je-Hoon) adalah lulusan daripada Akademi Tentera Laut dan menjadi Pegawai UDT (Underwater Demolition Team). Pada suatu hari, ibunya dibunuh oleh pembunuh bersiri dan kejadian itu mengubah hidupnya.

Foto – Soompi

Kini, Kim Do-Ki telah menjadi pemandu teksi mewah di syarikat Rainbow Taxi. Bukan sekadar syarikat teksi biasa, syarikat tersebut juga menawarkan perkhidmatan khas iaitu balas dendam. Sekiranya pelanggan meminta servis khas tersebut, Kim Do-Ki dan rakannya akan melakukannya.

Genre: Aksi, Seram, Jenayah 

Ditayangkan: April 2021

Snowdrop

Diceritakan kembali pada tahun 1987, Im Soo-Ho (Jung Hae-In) adalah seorang pelajar universiti yang secara tiba-tiba berlari ke asrama perempuan dalam keadaan yang berlumuran dengan darah.

Foto – Hashtag Legend

Eun Young-Cho (Kim Ji-Soo) iaitu seorang pelajar wanita yang ceria, mula menyembunyikan Im Soo-Hee dan merawat lukanya walaupun mereka boleh menghadapi bahaya di bawah pengawasan yang ketat.

Genre: Romantik 

Ditayangkan: 2021

Buat pencinta K-Drama, bersiap sedia untuk tonton drama ini tidak lama lagi. Enjoy!

Tags: k-dramak-drama 2021k-drama bestk-drama paling bestsenarai k-dramasenarai k-drama 2021
Share82SendShare

Artikel Berkaitan

Foto - MICHAEL TRAN/AFP via Getty Images
Hiburan

Hadiah Pakej Percutian Dan Botox! Gift Bag Anugerah Oscar Versi Mimpi Kayangan

March 25, 2023
Foto - PageSix
Hiburan

Hailey Bieber Hilang Sejuta Follower Instagram, Akibat Perli Selena Gomez?

March 11, 2023
Foto - @puteranordanish2 (TikTok) / Facebook
Gosip Tempatan

“Patutlah Melekat, Setia Je”- Bekas PA Dedah Nur Sajat Bayar Jadoos RM1700 Setiap Bulan

January 6, 2022
Foto - Netflix
Hiburan

Lagi Banyak Review Negatif Dari Positif, Ini Yang Gong Yoo Respon Tentang “The Silent Sea”

January 5, 2022

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    8 K-Drama Yang Paling Best 2021, Wajib Tonton!

  3. 3

    Hidu Vicks Inhaler Batal Puasa? Ini Jawapan Ustaz Azhar Idrus

  4. 4

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.