Ariana Grande tak pernah tak cantik!
Ketika karpet merah Anugerah Grammy, penampilan seksi di Coechella, menyarung barbie doll dress ketika rancangan Jimmy Fallon, malah fesyen jalanan.
Ariana never goes out of style! Gadis genit ini sentiasa bersedia dengan penampilan sempurna. Kita peminat, sentiasa teruja dengan fesyennya yang comel sesuai dengan usia.
- Foto – Arkib Wanista
Tapi nak mengecapi penampilan vogue, Ariana jenuh memikirkan idea dan stail terhebat bagi merealisasikan ikon pop ‘Ariana Grande’ yang disegani.
Kalau anda peminat Ariana, dan rasa macam nak tukar penampilan baru lebih vogue lebih dramatik, these are the things yang Ariana tak lengkap kalau tak ada.
High Pony Glamor
Alasan sebenar Ariana mengenakan stail high ponytail adalah kerana rambutnya rosak sejak azali lagi. Ketika membintangi Disney, Ariana dikehendaki mewarnakan rambut sehingga menyebabkan ia rosak.
- Foto – Arkib Wanista
Jadi, ponytail adalah penyelamatnya. Dan siapa sangka Ariana mula menyukai dan selesa dengan stail ponytail sehingga membawa kepada signature.
Tumit Tinggi Istimewa Untuk Si Petite
Berbekalkan ketinggian 5 kaki 1 inci, tidak hairanlah Ariana menyarung sepatu yang tinggi melangit.
- Foto – Arkib Wanista
Favorite Ariana tentu sekali boot paras lutut, tumit tinggi chunky, dan dia langsung tidak jakun bila beraksi di pentas. Ariana definitely knows the trick!
Oversized Nampak Comel
Satu lagi stail Ariana yang mekar ialah fesyen oversized. Outfit yang bersaiz besar tidak mengikut ukuran menjadi pilihannya. Antaranya sweater, t-shirt, hoodie yang saiz XL atau XXL untuk tubuh genitnya dipadankan dengan boot tinggi paras lutut.
- Foto – Arkib Wanista
Kalau orang lain mungkin hodoh, tapi look sedemikian rocks untuk Ariana dan kita tak boleh nak pertikaikan.
Solekan Mata Dramatik
Ariana tak akan keluar rumah tanpa solekan mata dramatik. Lagi-lagi untuk eyelashes dan cat eye yang menjadi kegemarannya.
- Foto – Arkib Wanista
Kata Ariana, dia selalu melihat ibunya bersolek cat eye dan dia rasa cantik dan mahukan stail yang sama. Siapa sangka ibu menjadi muse untuk stail ikonik dirinya.
Bling Bling Bling
Masih terbayang perhiasan kemas yang membalut Ariana ketika Grammy 2020. Barangan kemas bertakhta berlian emerald rekaan Lorraine Schwartz yang cukup eye catching sekali.
- Foto – Arkib Wanista
Ariana dan barangan kemas bling bling memang tak boleh dipisahkan. Malah dia rasa seperti bertelanjang tanpa sebarang perhiasan di badan.
Tak sangka nak mendapatkan imej ‘Ariana Grande’ yang sekarang perlu usaha dan berhabisan. Respect kepada team yang sentiasa segar dengan idea baru bagi mengecapi penampilan sempurna.
Confirm ramai cemburukan penampilan baru kamu…