Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Mandi Air Sejuk, 5 Magik Pada Kulit Akan Berlaku

by IamLisa
June 27, 2021
Mandi Air Sejuk, 5 Magik Pada Kulit Akan Berlaku
143
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Tahukah mandian air sejuk lebih bagus berbanding air panas?

Bukan penulis memandai-mandai tapi kajian dan sains mengatakan kulit wajah kamu akan berubah bertambah baik jika mengamalkan mandian air sejuk.

Selain memberikan tenaga dan membangunkan kita pada waktu pagi, ternyata mandi dengan air sejuk mempunyai sejumlah manfaat kecantikan yang selama ini dipandang enteng.

Pancuran air sejuk atau sedikit sejuk adalah trik kecantikan mudah yang boleh memberi kesan luar biasa pada kulit.

Kulit lebih sihat dan bercahaya

Foto – So Yummy

Air sejuk membantu meningkatkan peredaran darah. Untuk wajah pula, ini mungkin memberi kesan berseri dan kelihatan lebih sihat. Anda tidak perlu terlalu lama dalam keadaan sejuk, mandian dengan air sejuk atau suam-suam suku cukup untuk menyihatkan kulit.

Mencegah penuaan kulit

Kebiasaan mandi air sejuk setiap hari membantu kulit kekal lebih muda. Air sejuk mengaktifkan sistem saraf anda, dan tubuh mengeluarkan hormon dan bahan kimia di otak yang melawan tekanan.

Foto – Travel and Leisure

Kajian menunjukkan bahawa tekanan psikologi mempunyai kesan langsung pada penuaan kulit dan memberi kesan negatif kepada banyak sistem di dalam badan.

IKLAN

Mengetatkan liang pori

Foto – Travel Noire

Air sejuk mengurangkan penampilan liang pori. Ia membantu memberi kesegaran pada wajah dan meningkatkan kecerahan kulit. Kerana air sejuk dapat menyebabkan memanpatkan saluran darah, wajah mungkin kelihatan tidak bengkak atau merah lagi.

Melegakan ketidakselesaan pada kulit

Walaupun pancuran air panas memberi kesan pada kulit, menyebabkan kemerahan, gatal-gatal, bahkan mengelupas, air sejuk pula sebaliknya. Bagi yang mengalami kulit gatal, pancuran air sejuk dapat membantu mengatasi sensasi untuk menggaru.

Foto – Health

Menyejukkan kulit dengan mandian air sejuk juga dapat membantu mengurangkan rasa gatal yang disebabkan oleh psoriasis.

Mencegah keadaan kulit yang berkaitan dengan tekanan

Foto – Maskulin

Mandi air sejuk menghantar sejumlah besar impulse elektrik ke otak dan merangsang pembebasan ‘hormon gembira’ atau endorfin. Apabila bahan kimia ini dilepaskan oleh tubuh, tahap tekanan menurun dan anda tidak akan mengalami banyak masalah kulit seperti jerawat, psoriasis, dan dermatitis.

Jadi kepada anda semua, mula amalkan mandian air sejuk untuk mendapat manfaat lumayan ini.

Selamat Beramal!

RUJUKAN

Tags: air sejukkecantikan kulitkulitmandimandi air sejukmuka
Share57SendShare

Artikel Berkaitan

“Semakin Lebat & Lentik” – Ini Serum Bulu Mata Paling Menjadi!
Kecantikan

“Semakin Lebat & Lentik” – Ini Serum Bulu Mata Paling Menjadi!

by Iza B
June 26, 2022
0

Bulu mata panjang, lebat dan lentik antara sifat kecantikan yang menjadi idaman setiap insan. Tidak kira wanita mahupun lelaki, siapa...

Baca Lagi
Ini Alasan Face Oil Sebenarnya Baik Untuk Kulit Berminyak
Kecantikan

Ini Alasan Face Oil Sebenarnya Baik Untuk Kulit Berminyak

by Iza B
June 25, 2022
0

Keliru bukan bila baca tajuk kali ini? Bukan ke lagi berminyak kulit kalau tambah pula face oil atau minyak muka...

Baca Lagi
Parut Post-Breakout Tiada Lagi Dengan Produk Diyakini Berkesan Ini!
Kecantikan

Parut Post-Breakout Tiada Lagi Dengan Produk Diyakini Berkesan Ini!

by Sofie Azizlan
June 24, 2022
0

Psst... Sebelum picit jerawat yang timbul dekat muka, fikir dulu kesannya selepas itu. Bukan apa bila picit jerawat, nanti muka...

Baca Lagi
Akhirnya Skincare Kegemaran Ramai ‘The Ordinary’ Tiba Di Sephora Malaysia
Kecantikan

Akhirnya Skincare Kegemaran Ramai ‘The Ordinary’ Tiba Di Sephora Malaysia

by IamLisa
June 23, 2022
0

Rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi produk penjagaan kulit 'The Ordinary' kerana rata-rata orang mengagumi kebaikannya. Misi jenama ini untuk meraikan...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    7 Tanda Toksin Penuh Dalam Badan

  2. 2

    Selain Prada & Fendi, Phone Bag Juga Jadi Ikutan Label Mewah

  3. 3

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

  4. 4

    Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia!

  5. 5

    Keajaiban Ayat ‘Laqod Jaa’kum’ Jika Jadi Amalan Harian

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.