Jika dahulu penampilan jeragat di wajah atau freckles pernah dianggap sebagai bentuk ketidaksempurnaan, tapi kini ia merupakan daya tarikan khusus bagi wanita. Ini dibuktikan melalui trend mekap faux freckles yang diminati sehingga kini.
Bukan setakat cantik tapi untungnya orang yang ada freckles @ jeragat. Freckles tidak hanya membuatkan seseorang kelihatan manis, tapi ada pentingnya juga.
Kenapa Wanista kata individu yang ada freckles sangat beruntung, baca artikel di bawah.
Freckles adalah genetik
Sekiranya anda mempunyai freckles, ada kemungkinan besar kedua ibu bapa juga memilikinya. Oleh itu, bangga dengan warisan genetik anda. Freckles boleh timbul disebabkan oleh faktor genetik yang mengatur warna kulit dan rambut.
- Foto – Pinterest
Secara amnya penampilan freckles dapat dilihat pada kanak-kanak berumur 1-2 tahun, terutama di kawasan muka, bahu dan lengan. Selain itu, faktor pendedahan cahaya matahari yang berlebihan, serta penggunaan ubat hormon juga boleh mencetuskan freckles.
Sebagai pelindung kulit
Melanin bertindak sebagai pelindung sinar matahari semula jadi, menggelapkan kulit dan melindungi anda dari kerosakan sinar UV. Freckles muncul ketika melanin terbentuk dalam gumpalan kecil, yang menjadi lebih gelap ketika kulit terkena cahaya matahari.
Freckles dihubungkan dengan gen MC1R, yang mengawal berapa banyak dan jenis melanin yang dihasilkan oleh badan anda.
Jika anda mempunyai gen MC1R yang aktif, tubuh anda menghasilkan lebih banyak eumelanin coklat gelap, yang menyebabkan rambut dan kulit lebih gelap melindungi dirinya daripada cahaya matahari.
- Foto – Beautylish
Bagi gen MC1R tidak aktif, anda akan memperoleh lebih banyak pheomelanin – yang bermaksud kulit yang cerah, rambut perang atau kemerahan, dan kecenderungan untuk lebih banyak freckles.
Jadi, freckles adalah cara semula jadi untuk melindungi kulit anda dari sinar matahari. Tapi sebaiknya anda masih perlu pakai SPF demi menjaga kesihatan kulit dan tidak terdedah kepada kanser kulit dan sunburn.
Anda rare
Freckles adalah kumpulan melanin yang tertumpu pada lapisan kulit epidermis. Pada dasarnya freckles terdiri daripada dua jenis iaitu Ephelides dan Lentigo.
- Foto – Instagram
Jenis Ephelides ini sering muncul pada wanita kaukasian yang kulitnya putih. Orang yang mempunyai rambut merah cenderung mempunyai lebih banyak freckles jenis Ephelides. Jenis Lentigo adalah freckles yang berwarna lebih gelap dan tidak pudar walaupun tidak terkena cahaya matahari.
Oleh itu, jika anda mempunyai freckles dan berambut perang semula jadi, maka anda insan teristimewa.
Nampak muda dan cantik
Freckles boleh membuat anda kelihatan lebih muda. Macam mana? Freckles adalah perkara biasa sebelum akil baligh, dan kerana itu kita cenderung mengaitkan freckles dengan remaja.
- Foto – New York Post
Kebanyakan wanita tercantik di dunia menikmati keunikan freckles pada wajah mereka, jadi anda jangan ragu untuk melakukan perkara yang sama. Pancarkan kecantikan semula jadi anda!
Penampilan natural beauty, tak perlu solekan tebal
Bila anda mempunyai wajah yang penuh dengan freckles, tak perlu sorok dengan solekan tebal. Sebilangan orang membelanjakan wang untuk kosmetik bagi menaikkan seri wajah, tetapi anda mempunyai ciri yang menarik, dan itu adalah sifat semula jadi.
- Foto – Pinterest
Lihat sahaja Halsey, feature seperti freckles tidak ditutup kerana itu yang menambahkan seri.
Please embrace your beauty!