Berbuka hari ini makan apa?
Setiap hari celik saja mata, soalan itu bermain di minda. Kita tidak dapat lari daripada membuat perancangan menyediakan juadah berbuka yang memikat selera.
Kalau bercakap juadah manisan, puding antara yang menjadi perhatian. Bayangkan dimakan sejuk, dengan tekstur lembut, manis dan lemak berkrim, puding serius terbaik!
Disebabkan itu, penulis senaraikan aneka resepi puding serba ringkas dan enak boleh buat di rumah.
Puding Cocktail Eina Azman
Bahan-bahan yang diperlukan ialah tepung kastard, air, susu cair, gula, cocktail buah-buahan campuran, dan tepung jagung.
Puding Milo Lapis Oreo
- Foto – Facebook Resepi Enak
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 10gram serbuk agar-agar
- 750ml air
- 150g gula
- 1 tin susu cair (400ml)
- 3/4 cawan milo
- Satu bungkus oreo (135g) – patahkan
Cara membuat:
- Masak serbuk agar-agar dan air sehingga larut. Masukkan gula dan masak hingga larut. Masukkan susu cair kacau sebati hingga mendidih.
- Bahagikan 2 bahagian dan 1 bahagian dicampurkan milo dan kacau hingga sebati.
- Bahagikan 1 bahagian milo kepada 2 bahagian. Masukkan 1 bahagian milo ke dalam acuan.
- Apabila mengeras sedikit, tuangkan adunan putih tadi. Taburkan biskut oreo.
- Sejukkan sebentar sehingga mengeras sedikit kemudian tuangkan pula baki milo tadi. Sejukkan sekejap dengan suhu bilik kemudian masukkan peti sejuk.
- Potong dan Hidangkan.
Puding Karamel Tanpa Telur
- Foto – Facebook Resepi Enak
Bahan A gula hangus:
- 2 sdb gula pasir
Bahan B puding:
- 10gm serbuk agar-agar
- 4 cawan air
- 1/2 cawan gula pasir
- 1/2 cawan susu pekat manis
- 1 tin susu cair
- 3 sdb tepung kastad
- 1 sdk esen vanila
Cara-cara:
- Mula-mula buat gula hangus seperti biasa. Taburkan gula ke dalam loyang, guna api kecil. Masak hingga gula menjadi perang. Kemudian ketepikan.
- Satukan semua bahan-bahan B. Kacau di atas api. Adunan mesti dikacau selalu supaya tepung kastad tidak bergentel.
- Apabila menggelegak dan adunan sedikit pekat, tutupkan api. Tapis dan tuangkan adunan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.
- Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk hingga puding mengeras. Terbalikkan dan bolehlah dihidangkan.
Puding Pisang Goreng Bersos Kastard
- Foto – Linda Zaid/Facebook Resepi Kuih Raya Viral
Bahan-bahan yang perlu disediakan:
- Sos kastard
- 1 tin susu cair
- 1/2 tin air
- 1 biji kuning telur
- 2 Sb tpg kastard
- 2 Sb gula pasir
- sehelai daun pandan disimpul
- Pisang nangka digoreng dengan sedikit Planta.
Cara membuat:
- Masak semua bahan sehingga pekat.
- Dah suam masukkan ke dalam peti ais.
- Letakkan pisang yang digoreng tadi ke dalam piring. Tuangkan sos kastard dan taburkan sedikit kismis.
Puding Jagung Kuning Tergoda
- Foto – Viral Muafakat Johor
Bahan-bahan yang perlu disediakan:
- 1 tin jagung
- 1 tin gula
- 1 tin tepung kastad
- 2 tin santan pekat
- 2 tin santan cair
- Secubit garam
- Sedikit pewarna kuning
Cara penyediaan sangat mudah. Satukan kesemua bahan dalam kuali, kacau sebati dan masak dengan api sederhana sehingga pekat berkilat dan mendidih. Make sure kacau sentiasa supaya adunan tak bergentel. Bila dah siap, masuk dalam acuan dan sejukkan.
Puding Buah Naga Mengaum
- Foto – Viral Muafakat Johor
Bahan yang perlu disediakan:
- 20 gm serbuk agar-agar
- 750 ml air
- 310 gm gula
- 1 biji buah naga merah – kisar
- 250 ml air – kisar
- 1 biji jus limau nipis
Cara penyediaan:
- Kisar buah naga dan air hingga hancur.
- Masak agar-agar dengan air, biarkan hingga hancur.
- Masukkan gula dan gaul rata.
- Kemudian masukkan buah naga yang telah dikisar dan kacau rata.
- Tuangkan air limau nipis dan biarkan selama 15 minit.
- Kacau rata dan tuangkan adunan ke dalam acuan. Sejukkan. Sedia dihidang.
Puding Roti Kukus Berkuah Sos Kastard
- Foto – Facebook Norhafifah Ibrahim
Bahan-bahan yang perlu disediakan:
- 5 keping roti gardenia
- 2 biji telur
- 4 sudu besar gula
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 tin susu cair
- 2 sudu butter
- Kismis
Cara nak memasak puding:
- Masukkan telur, gula, esen vanila ke dalam satu bekas, mixer sampai sekata / kembang.
- Masukkan susu cair, kacau sekata.
- Ambil roti, sapukan butter depan dan belakang, susun dalam loyang bagi comel-comel.
- kemudian, tuang ke semua adunan ke atas roti dalam loyang, dan tabur kismis.
- Kukus selama 20-25 minit.
Bahan sos kastard:
- 2 sudu besar tepung kastard
- 2 sudu besar gula
- 1 tin susu cair
- 1 sudu kecik esen vanila
Puding Mangga Manis
- Foto – FB Senangnya Masak
Bahan-bahan perlu disediakan:
- 20g agar-agar tali
- 7 cawan air
- 1 cawan gula
- Sedikit gula batu
- 3/4 cawan susu tepung (guna susu tepung fernleaf calciyum wangi)
- 1 sudu besar tepung kastard
- Sedikit garam
- Sedikit pewarna kuning telur
- 3 biji mangga
Cara-cara menyediakan puding mangga:
- Masak agar-agar bersama 7 cawan air hingga larut agar-agar. Tuang gula dan gula batu. Kacau-kacau. Kemudian tuang susu tepung dan sedikit garam kacau-kacau bagi sekata/sebati. Masak sehingga mendidih. Tutup api.
- Ambil 2 cawan agar-agar tadi, tuang dalam blender serta 1 biji mangga potong2, tepung kastard dan sedikit pewarna kuning telur blend hingga hancur halus.
- Basahkan loyang. Tuang 2 cawan agar-agar yang bersusu tadi dalam loyang. Biarkan agar-agar mengeras sedikit. Boleh susun mangga yang dipotong dadu atas permukaan agar-agar tadi. Susun separuh dulu mangga. Selepas itu tuang sedikit agar-agar. Selebihnya mangga susun semula dan lebihan agar-agar tadi tuang habis. Biarkan agar-agar mengeras sekejap
- Bila dah beku agar-agar, tuang agar-agar yang dikisar tasi tadi perlahan-lahan atas agar-agar susu. Biarkan sejuk.
- Boleh simpan dalam peti sejuk. Selepas 3 jam bolehlah dipotong puding ikut suka.
Mudahkan? Selamat Mencuba!