Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Anda Jadi Orang Paling Cantik Kalau Amalkan ‘Beauty Sleep’

by IamLisa
August 5, 2021
Anda Jadi Orang Paling Cantik Kalau Amalkan ‘Beauty Sleep’

Foto - Pinterest

321
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Kajian menunjukkan purata dunia kini hanya tidur 6 jam sehari. Ada yang tidur ajak-ajak ayam, ada yang insomnia langsung tak boleh tidur – keadaan ini membuatkan kita langsung tidak mendapat tidur yang berkualiti.

Waktu yang paling disarankan untuk tidur adalah sekitar 8 jam sehari. Dan jika ia tidak berlaku, maka anda tidak mendapatkan ‘beauty sleep’ yang cukup.

Foto – Pinterest

Apa benda beauty sleep dan apa kepentingannya? Apabila badan tidak mendapatkan rehat yang mencukupi, sudah tentu ia akan memberikan kesan kepada kesihatan secara menyeluruh, bahkan kecantikan juga.

Mungkin sesetengah berfikir ia hanya frasa yang menarik dan tidak punya makna, tapi ‘beauty sleep’ adalah perkara yang sebenar. Hal ini disahkan oleh Whitney Bowe, ahli dermatologi dan pengarang buku Dirty Looks dari New York,

“Apabila kita tidur, hormon stress (kortisol) kita akan turun dan hormon tidur (melatonin) akan naik. Badan kita, kulit kita ketika itu dalam mode pembaikan. Dengan kata lain, maktu malam memberi kulit kita peluang untuk pulih dari sebarang kerosakan di siang hari.

Foto – Magazine

Jadi, di sini penting sebenarnya mendapatkan kualiti dan kuantiti tidur yang baik, orang kata beauty sleep.

Awet Muda

Apabila kita tidur, kulit kita sedang bertungkus lumus menyembuhkan diri dari kerosakan yang mungkin kita alami sepanjang hari dari sinaran UV atau pencemaran. Kajian menunjukkan bahawa sel-sel kulit baru tumbuh lebih cepat semasa anda tidur.

Ambil kesempatan daripada pembaharuan dan pemulihan kulit ini dengan membersihkan kulit sebelum tidur dan memilih produk yang akan mengoptimumkan tempoh pemulihan ini supaya anda bangun dengan kulit yang lebih sihat.

IKLAN

Kedutan

Sama seperti proses penyembuhan, kulit juga akan menghasilkan kolagen baru ketika anda sedang melelapkan mata dan ini sudah tentu dapat melawan masalah kedutan. Lebih banyak kolagen dihasilkan, bermakna kulit anda akan lebih gebu dan kurang kedutan.

Foto – WebMD

Tona Kulit Sekata

Tidak mendapat rehat yang mencukupi boleh mengakibatkan wajah anda tampak pucat dan mungkin bengkak. Memejamkan mata dan berehat membantu menggalakkan aliran darah sihat ke kulit.

Breakout

Sudah tentu ia merupakan perkara yang ingin dielakkan oleh kebanyakan individu terutamanya wanita. Lebih banyak anda tidur, peluang untuk mendapatkan kulit yang licin adalah semakin tinggi. Tekanan yang berpunca akibat kurang rehat boleh menyebabkan wujudnya jerawat.

Rambut Sihat

Percayalah, masalah seperti keguguran dan kerosakan pada rambut turut dipengaruhi oleh faktor tidak cukup rehat. Folikel rambut, iaitu tempat di mana pertumbuhan rambut berlaku, mendapat nutrien, vitamin dan mineral daripada aliran darah.

Foto – Pinterest

Apa kaitan kekurangan tidur pada muka anda? Anda akan kelihatan letih, lingkaran gelap mula bermaharajalela di sekitar mata dan kulit jadi lesu yang tidak bermaya.

“Isyarat stress bukan sahaja menyebabkan jerawat, tetapi juga membuat kulit kurang mampu menangkap kelembapan dan melambatkan pergerakan sel kulit,” jelas Whitney Bowe.

Jadi kalau anda ingin cantik luar dan dalam, pastikan anda memberikan badan anda rehat yang secukupnya.

RUJUKAN : 1, 2

Tags: awet mudabeauty sleepcantikinsomniajelitatidurWanita
Share128SendShare

Artikel Berkaitan

“Semakin Lebat & Lentik” – Ini Serum Bulu Mata Paling Menjadi!
Kecantikan

“Semakin Lebat & Lentik” – Ini Serum Bulu Mata Paling Menjadi!

by Iza B
June 26, 2022
0

Bulu mata panjang, lebat dan lentik antara sifat kecantikan yang menjadi idaman setiap insan. Tidak kira wanita mahupun lelaki, siapa...

Baca Lagi
Ini Alasan Face Oil Sebenarnya Baik Untuk Kulit Berminyak
Kecantikan

Ini Alasan Face Oil Sebenarnya Baik Untuk Kulit Berminyak

by Iza B
June 25, 2022
0

Keliru bukan bila baca tajuk kali ini? Bukan ke lagi berminyak kulit kalau tambah pula face oil atau minyak muka...

Baca Lagi
Parut Post-Breakout Tiada Lagi Dengan Produk Diyakini Berkesan Ini!
Kecantikan

Parut Post-Breakout Tiada Lagi Dengan Produk Diyakini Berkesan Ini!

by Sofie Azizlan
June 24, 2022
0

Psst... Sebelum picit jerawat yang timbul dekat muka, fikir dulu kesannya selepas itu. Bukan apa bila picit jerawat, nanti muka...

Baca Lagi
Akhirnya Skincare Kegemaran Ramai ‘The Ordinary’ Tiba Di Sephora Malaysia
Kecantikan

Akhirnya Skincare Kegemaran Ramai ‘The Ordinary’ Tiba Di Sephora Malaysia

by IamLisa
June 23, 2022
0

Rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi produk penjagaan kulit 'The Ordinary' kerana rata-rata orang mengagumi kebaikannya. Misi jenama ini untuk meraikan...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    10 Gambar Instagram Bukti Bella Hadid Anak Emas Versace

  2. 2

    “Semakin Lebat & Lentik” – Ini Serum Bulu Mata Paling Menjadi!

  3. 3

    Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia!

  4. 4

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

  5. 5

    Lebih Moden Untuk Si Ibu, Gaya Zahirah MacWilson Jadi Pilihan DIVA

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.