Adakah anda tertanya-tanya bagaimana untuk sayangi dan hargai diri sendiri?
Kadangkala adalah lebih mudah menyayangi orang lain berbanding diri sendiri. Kita sanggup melakukan apa sahaja untuk orang lain, namun kita gagal dalam menghormati dan mencintai diri sendiri. Kita memang perlu buat baik dengan orang lain, namun tetap perlu bersederhana dan berhati-hati.
- Foto – Quote
Malahan dalam Islam juga menyuruh kita memperbaiki diri sendiri di samping menyeru kepada orang lain.
- Giphy
Yang penulis perasan, apabila kita mencintai diri sendiri, kehidupan menjadi lebih baik dan teratur. Diri terasa lebih bahagia. Kita dapat lakukan pekerjaan yang dikehendaki. Miliki pendapatan hasil titik peluh sendiri. Hubungan semakin bertambah baik, yang negatif dibuang jauh dan yang baru dimulakan.
Tapi bagaimana mahu lakukannya?
Hentikan Semua Kritikan
Nampak macam mudah tetapi berapa ramai yang asyik mengkritik diri sendiri? Kritikan tidak pernah mengubah sesuatu. Yang pasti menjadi terlalu kritikan terhadap diri akan meningkatkan tahap tekanan.
Memahami keunikan, kekuatan dan batasan anda. Tingkatkan diri dan bersyukur atau kekuatan, dan menerima kekurangan diri dengan hati yang tenang. Terima diri anda seadanya. Semua orang boleh berubah.
Maafkan Diri Sendiri
Biarkan masa lampau berlalu pergi, jangan difikir dan dikenang jika ia menyakitkan. Kecewa, sedih, marah, adalah perasaan yang normal. Tapi jangan biarkan semua itu menguasai diri anda. Belajar untuk menguruskan emosi dengan lebih baik.
Bersyukur
Apabila anda bangun dari tidur, sebaiknya awal pagi, tetapkan fikiran yang positif dengan berterima kasih anda boleh bangun dalam keadaan yang sihat dan bersedia untuk mengharungi hari.
Tentukan Matlamat Hidup
Selain matlamat jangka panjang, tentukan juga matlamat jangka pendek. Mampu mencapai matlamat jangka pendek mewujudkan kepuasan dan mendorong anda untuk mencapai matlamat lain.
Sebagai contoh, jika minat anda lebih kepada baking, cuba belajar dari chef profesional, sentiasa berlatih untuk mendapat kepuasan.
Miliki ‘Me-Time’
Setiap hari melakukan perkara yang sama, kali ini cuba ambil masa untuk melakukan sesuatu yang anda suka atau hanya mahu bersendirian. Kalau mahu window shopping, lakukan.
Jika ingin backpacking mulakan perancangan dan bincang dengan keluarga. Ini tidak bermakna anda tidak bertanggungjawab untuk anak-anak atau keluarga malah kerja. Malah ini boleh mengecas semula bateri dalam diri anda.
Jagalah Kesihatan
Mula bersenam dengan kerap, pilih yang paling anda suka dan jangan cepat bosan. Makan makanan berkhasiat, dapatkan tidur yang cukup serta minum banyak air.
Tahukah anda kekurangan air menyebabkan dehidrasi, jadi tubuh tidak boleh berfungsi dengan baik dan menyebabkan tekanan.
Jangan Banding Beza Dengan Orang Lain
Berhenti membandingkan diri dengan orang, ini tabiat yang selalu kita lakukan antara sedar atau tidak. Setiap orang mempunyai cara hidup, nasib, perjalanan hidup dan kebahagiaan mereka. Kita sama sekali tidak akan sama dengan yang lain.
Puji Dan Sokong Diri Anda
Kritikan semata-mata akan merosakkan semangat tetapi pujian membinanya. Puji diri anda seberapa banyak yang anda boleh. Beritahu diri sendiri apa yang anda sedang lakukan itulah yang terbaik.
Tepuk bahu kiri dan kanan, dan katakan anda telah buat yang terbaik, sebagai contoh “Lisa, you’re fine. Just keep going”. Jika anda tak puji dan sokong diri sendiri, siapa lagi nak lakukan itu semua.
Bekerja Lebih Efektif
Kurangkan membuang masa. Datang dan pulang dari kerja pada masa yang tepat, patuhi pengurusan masa. Dengan cara itu, anda mempunyai lebih banyak masa untuk keluarga dan diri sendiri.
Jika anda tak sayang diri sendiri, bagaimana mahu melakukannya kepada orang lain.