Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Info Menarik

Siapa Wanita Biasa Yang Bertuah Kahwin Dengan Kerabat Diraja

by IamLisa
May 3, 2021
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

9
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Inilah antara insan paling beruntung yang kehidupannya berubah sekelip mata bak Cinderella.

Ada yang melalui episod percintaan, ada juga kerana sudah mempunyai pertalian hubungan antara kaum keluarga serta pelbagai lagi sebab kenapa jejaka berdarah bangsawan memilih wanita biasa ini sebagai suri rumah.

Selain Kate Middleton, Grace Kelly dan Meghan Markle, siapa lagi yang layak digelar Cinderella?

Grace Kelly

Ikon kecantikan ini merupakan seorang aktres sekitar era 50-an sebelum bersara 1956 kerana memilih untuk berkahwin dengan Rainier III, merupakan seorang putera Monaco. Mereka berdua bertemu ketika sesi penggambaran di Cannes Film Festival pada tahun 1955.

Foto -CTV News

Sofia Hellqvist

Sebelum menjadi Puteri Sweden, Sofia Hellqvist merupakan seorang model dan peserta rancangan realiti televisyen. Prince Carl Phillip dan Sofia mula dating tahun 2010 dan mendirikan rumah tangga pada Jun 2015.

Foto – International Business Times

Masako Owada

Masako Owada adalah graduan Harvard dalam bidang ekonomi dan kembali ke Jepun untuk belajar undang-undang di University of Tokyo pada tahun 1986.

Foto – Wolipop

Pada tahun yang sama, dia bertemu dengan Putera Mahkota Naruhito ketika menghadiri tea time Duchess of Lugo. Masako dilamar dan pasangan itu berkahwin pada 1993.

Letizia Ortiz

Sebelum mengahwini Prince Felipe VI dan menjadi permaisuri Sepanyol, wanita cantik yang hebat berfesyen ini hanyalah seorang wartawan dan pembaca berita biasa.

Foto – Daily Express

Rania Al-Abdullah

Rania Al-Abdullah adalah permaisuri negara Jordan selepas mengahwini Abdullah bin al-Hussein. Sebelum itu, dia bekerja dalam pemasaran di Citibank dan Apple Computer di Amman.

Foto – harpersbazaararabia.com

Bertemu dengan suaminya pada majlis makan malam bulan Ogos 1992 dan mereka berkahwin pada Jun 1993.

Tatiana Blatnik

Wanita ayu ini merupakan graduan universiti Georgetown dalam ijazah sosiologi tahun 2003, berjumpa dengan Prince Nikolaos of Greece pada tahun yang sama. Kedua mereka menamatkan zaman bujang pada Ogos 2010.

Foto – Hello Magazine

Gen. Suthida Tidjai

Pada 1 Mei 2019, raja Thailand Maha Vajiralongkorn mengejutkan rakyat Thailand dengan perkahwinan bersama pengawal peribadi Gen. Suthida Tidjai.

Foto – Daily Mail

Wanita ini bekerja sebagai pramugari untuk Thai Airways dan kemudiannya menjadi jeneral di tentera Thailand sebelum menyertai pasukan keselamatan Vajiralongkorn.

Michiko Shōda

Mantan Empress of Japan ini menemui suaminya Putera Mahkota Akihito ketika sedang bermain tenis pada tahun 1957. Pasangan ini berkahwin tahun 1959 dan rumah tangga mereka sudah berusia 60 tahun sehingga ke hari ini.

Foto – The Royal Forums

Meghan Markle

Khabarnya Putera Harry menyimpan perasaan selepas menonton siri Suit sebelum kedua-duanya diperkenalkan satu sama lain dalam sesi gathering kecil. Meghan Markle yang merupakan aktres, aktivis, dan usahawan mengikat perkahwinan dengan Putera Harry pada 19 Mei 2018.

Foto – Reader’s Digest

Kate Middleton

Ketika bertemu Putera William pada tahun 2001, Kate Middleton merupakan pelajar bidang sejarah seni di University of St Andrews. Percintaan yang pasang surut itu diakhiri dengan sebuah perkahwinan pada 29 April 2011.

Foto – Getty

Ini antara individu wanita yang dikenali malah ceritanya menjadi perhatian tabloid. Di Malaysia juga banyak kisah Cinderella berlaku cuma jarang dijaja sahaja.

Tags: senarai wanita biasa kahwin kerabat dirajawanita biasa jadi permaisuriwanita biasa jadi puteriwanita kahwin kerabat diraja
Share4SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - IG @fauziahnawi
Info Menarik

Usahawan Dato Sri Mahadi Kongsi Doa Mustajab Kalau Terjaga Antara Jam 3 Ke 4 Pagi

by IamLisa
January 5, 2022
0

"Pernah tak kamu terbangun daripada tidur antara jam 3 ke 4 pagi? Apa yang kamu buat? Elakkan tidur semula tapi...

Baca Lagi
Foto - Astro Awani
Info Menarik

4 Sebab Kenapa Masalah Buli Dalam Asrama Tak Pernah Nak Hilang

by Sofie Azizlan
January 3, 2022
0

Kes buli dalam negara tidak lagi asing apabila setiap tahun pasti ada kes buli yang dilaporkan. Kes-kes ini kebiasaannya melibatkan...

Baca Lagi
Foto - Oh Malaysia Ku (FB) / Twitter
Info Menarik

“Kena Hanyut Pun Tak Rosak”- Tupperware Jenama Kalis Banjir, Netizen Kongsi Isi Dalam Bekas Masih Elok!

by Sofie Azizlan
December 29, 2021
0

Patutlah mak-mak sakan mengamuk dan naik angin bila bekas Tupperware mereka hilang, rupanya ada banyak kelebihannya yang ramai tak tahu....

Baca Lagi
Foto - Mengaji Online
Info Menarik

“Musnah & Hancur Akibat Banjir” – Ini Cara Melupuskan Al-Quran Dengan Betul

by IamLisa
December 23, 2021
0

Musibah banjir menyaksikan banyak barangan rosak, tidak terkecuali kitab suci Al-Quran. Namun Al-Quran tidak boleh sewenangnya dilupuskan begitu. Ia mempunyai cara...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.