Setiap orang pernah melakukan kesilapan, termasuk diri kita sendiri juga. Setidaknya dengan belajar memaafkan, nanti ketika kita berbuat salah pada orang lain kita bisa dimaafkan dengan mudah, orang boleh menerima kita seadanya. Tapi bagaimana pula situasi yang dimulutnya sudah dikatakan maaf tapi kelakuan mereka agak berbeza?
Mulut sudah memaafkan individu tersebut tapi dalam hati sebenarnya tidak. Anda pernah berdepan dengan situasi begini? Mulut dan hati anda tidak seiring, kerana kesian dan terpaksa anda maafkan dia padahal dalam hati masih timbul perasaan negatif yang susah untuk diungkapkan.
- Giphy
Dalam sesetengah keadaan, seseorang mungkin mengatakan bahawa mereka telah menerima maaf tetapi sebenarnya, mereka tidak pernah menerima kemaafan anda.
Anda boleh lihat sendiri melalui tindakan dan aksi mereka…
Bila mereka tidak lagi menghubungi atau menghantar teks seperti biasa
Jika anda telah meminta maaf, tetapi salah seorang atau kedua-duanya tidak berusaha untuk terus berhubung dengan seperti biasa, maka itu boleh menjadi tanda bahawa ada perkara tidak baik.
Mungkin di pejabat anda berdua bertegur seperti biasa tapi yang musykil tiada lagi kemesraan malah persahabatan jadi canggung.
- Foto – Press Democrat
Anda lihat mereka sudah menggantikan anda dengan rakan yang baru
Suatu hari, anda lihat rakan bersama orang lain. Kita sedia maklum, perbalahan dan perselisihan booleh mewujudkan kepincangan dalam hubungan apatah sehingga boleh meretakkan persahabatan.
Paling teruk apabila rakan menemui seseorang yang baru untuk mengambil tempat jika hubungan anda berdua masih samar-samar.
Kerap bertelagah pada benda yang kecil
Kemaafan boleh membantu meredakan situasi yang tidak selesa dan menyakitkan. Tetapi jika anda mendapati bahawa mereka masih memilih pergaduhan atas perkara-perkara kecil yang tidak patut dibisingkan, maka mereka mungkin menyimpan sedikit kemarahan terhadap anda.
- Foto – Odyssey
Ingat tak semua kesalahan disengajakan. Mungkin ada sebab kenapa dia berbuat demikian, jadi terimalah seadanya.