Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Cuci Muka Dengan ‘Teh Hijau’?, Cara Youtuber Pony Dapatkan Kulit Flawless

by Lisa AG
November 30, 2021
Foto - Youtube

Foto - Youtube

382
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Siapa yang tidak kenali Pony. Seorang jurumekap artis yang terkenal dengan lebih 5 juta subscribers di Youtube. Berasal dari Korea Selatan, nama sebenarnya ialah Hye-Min Park, tetapi lebih senang dikenali sebagai Pony.

Pony arif dengan dunia kecantikan Korea sehingga membawa namanya serata dunia. Pony bukan sekadar Youtuber semata-mata, dia juga seorang beauty guru, trendsetter, jurusolek artis dan telah muncul dengan koleksi mekap sendiri.

Nak tahu cara Pony mendapatkan kulit flawless? Menurut Pony, dia membilas muka dengan air teh hijau selepas melakukan rutin cuci muka.

YouTube video

Pony melakukannya dengan mencampurkan serbuk teh hijau ke dalam takungan air (seperti dalam video, anda boleh lakukan dalam besen), kemudian cuci dan bilas mukanya dengan air teh hijau tersebut.

Kata Pony, teh hijau adalah salah satu bahan semulajadi terbaik untuk merawat muka. Ia baik untuk kesihatan dan kulit anda khususnya kerana ia penuh dengan sifat antioksidan yang melindungi kita daripada merosakkan sel kulit.

Kebaikan Teh Hijau

Teh hijau mempunyai banyak khasiat yang bagus untuk badan anda, membantu untuk menurunkan berat badan, untuk cantik dan juga mencegah sesetengah penyakit.

Foto – HowToXP.com

Teh hijau mampu mengurangkan kedutan dan tanda-tanda penuaan, kerana ia mempunyai ciri-ciri antioksidan dan antiradang. Kajian menunjukkan teh hijau mampu mengelakkan daripada kerosakan berpunca daripada panahan cahaya matahari.

Teh hijau meningkatkan metabolisma badan. Apabila metabolisma badan meningkat, badan lebih cepat dan kerap memproses lemak yang tersimpan dalam badan. Polifenol yang terkandung dalam teh hijau berfungsi untuk meningkatkan oksidasi/pemprosesan lemak dan meningkatkan kadar pertukaran makanan kepada kalori.

Foto – Legion Athletics

Kita cenderung untuk mendapat penyakit apabila badan berada dalam tekanan. Oleh itu, rajin-rajinlah untuk minum teh hijau ini kerana ia juga dipercayai mampu menghilangkan stress dan penat. Secawan teh hijau yang panas pastinya akan membuatkan anda kembali tenang.

BACA:  Ini Yang Orang Korea Makan, Kulit Wajah Bersih Bersinar

Selain boleh menurunkan lemak, teh hijau juga mampu menurunkan kadar gula dalam badan jika seseorang itu mengamalkannya secara berterusan. Minuman ini ternyata sesuai bagi mereka yang menghidap penyakit diabetes.

Mana tahu cara Pony boleh merawat muka anda yang bermasalah. Tak cuba, tak tahu kan.

FILED UNDER cara orang korea jaga mukapony makeupteh hijauyoutuber pony
Share153SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.