Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Gigi Nampak Lebih Putih Kalau Pakai Gincu Warna Ini, Jurusolek Kongsi Trik

by Lisa AG
November 6, 2021
Foto - Allure

Foto - Allure

412
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Walaupun gigi kuning menandakan sihat tapi lumrah untuk setiap wanita inginkan sesuatu yang cantik dan sempurna. Tidak bagi mata orang, tapi cukup untuk kepuasan diri sendiri.

First impression biasanya dikaitkan dengan senyuman. Senyuman adalah satu ciri pertama yang orang akan lihat di kala bertemu pertama kali, apatah lagi jika dibarisi gigi putih bersih.

Kajian menunjukkan 54% dewasa berkata, jika ada satu perkara yang ingin mereka lakukan untuk membaiki senyuman, ia adalah memutihkan gigi, berbanding membetulkan jajaran gigi atau isu kosmetik lain. Malah, mereka sanggup ke pakar pergigian untuk dapatkan hasil segera.

Tapi tahukah, anda boleh mendapatkan itu semua dengan trik memakai gincu bibir yang betul. Ada sesetengah gincu yang dicipta menerusi warna dan kemasan dapat membantu memberikan seri pada senyuman malah, impak kepada gigi kamu.

Jurusolek berkongsi trik mereka untuk membantu gigi kelihatan lebih putih hanya menggunakan gincu.

Gincu Merah Mak Ngah

Senyuman lebih menawan dan mempamerkan gigi lebih putih, pilih gincu merah yang mempunyai asas biru dan bukannya oren. Wanista syorkan anda cuba MAC Retro Matte Lipstick in Ruby Woo, Kylie Cosmetics Matte Liquid Lipstick in Mary Jo K dan Stila All Day Liquid Lipstick in Beso.

Foto – StyleCaster

Elak Warna Nude

Pakar jelaskan bahawa jika anda ingin membuat gigi anda kelihatan lebih cerah, anda mungkin mahu mengelakkan gincu berwarna nude kerana ia tidak bertentangan dengan warna gigi.

Foto – Get

Guna Gloss Untuk Kesan Putih

Satu lagi cara ialah lapiskan lip gloss di bahagian atas gincu. Gloss memberikan kelembapan tambahan pada bibir serta buat penampilan lebih muda dan ceria, bahkan memberikan ilusi senyuman gigi putih.

Foto – StyleCaster
BACA:  Eksklusif: Anastasia Beverly Hills Bawa Turun 18 Gincu & Pensil Bibir Ke Malaysia!

Tidak Kira Apa Warna Yang Dipakai, Pastikan Bibir Lembap

Seorang jurusolek Alejandro Falcon menjelaskan bibir kering boleh menonjolkan pembentukan plak pada gigi anda. Menggunakan pengelupasan bibir atau pelembab bibir boleh membantu anda untuk mengekalkan bibir sihat dan lembut.

Foto – Sydney Morning Herald

Gincu Jenis Matte Buat Gigi Nampak Kuning

Walaupun ianya trend, tetapi gincu jenis matte cenderung menjadikan bibir kelihatan kering dan ia sekaligus memberi impak pada gigi, kelihatan agak kekuningan berbanding biasa.

Foto – Cosmopolitan

Gincu Warna Kecoklatan

Lagi satu elak memakai gincu berwarna coklat, yang mempunyai daya tarikat yang hangat. Menurut pakar, apabila diterapkan pada bibir, warna-warna ini boleh menyebabkan gigi anda kelihatan lebih kuning daripada biasa.

Foto – Dose of Colors

Sekarang sebelum keluar, perhatikan diri di cermin terlebih dahulu.

RUJUKAN

FILED UNDER gigi kuninggigi putihginculipstickwarna gigi
Share165SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  3. 3

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.