Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Tips Tips - Kesihatan

Minum Jus Saderi Setiap Pagi, Badan Kamu Akan Langsing Macam Miranda Kerr

by Lisa AG
May 26, 2021
Foto - Elle

Foto - Elle

605
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Mungkin anda pernah melihat #celeryjuice memenuhi ruang Instagram.

Tertanya juga penulis, apakah hype tentang jus saderi ini, sehingga ramai mengamalkannya. Miranda Kerr mendedahkan dia mengambil jus sederi setiap pagi untuk kesihatan luaran dan dalaman, malah sebagai superfood kekal awet muda.

“Saya selalu memulakan hari dengan segelas jus saderi yang segar dan sejuk. Saya buat di rumah, ” jelasnya dalam satu temu bual.

Foto – Aaptiv

Pakar Kata

Tahukah, seorang pengamal kesihatan dari Amerika Syarikat, Anthony William ada mendedahkan bagaimana jus saderi dapat merungkai pelbagai masalah kesihatan.

William berkata kandungan natrium dalam saderi membantu memecahkan patogen yang mencetuskan penyakit kronik dalam badan sekaligus meneutralkan racun.

Walaupun dakwaannya kelihatan agak melampau, tetapi dengan minum jus tersebut secara konsisten, William akui keadaan kesihatannya bertambah baik.

YouTube video

“Ia membantu mengatasi masalah kesihatan berkaitan pencernaan, kulit, migrain, lemah tenaga, penyakit autoimun dan ratusan penyakit lain,” terang Willian.

Agar lebih berkesan, William menywarakan orang ramai minum 400 mililiter jus saderi setiap hari dalam perut kosong dan berehat 30 minit sebelum makan makanan lain.

Kandungan Jus Saderi

Jus saderi mengandungi vitamin A, C, K, folat, kalsium, kalium, natrium, magnesium, fosforus, elektrolit, air dan sejumlah vitamin dan mineral yang lain.

Nutrien dalam saderi bukan sahaja untuk memastikan sistem pencernaan berfungsi dengan lancar, tetapi juga dapat membantu:

  • Berasa cepat kenyang
  • Baik untuk penurunan berat badan
  • Mengimbangi paras gula dalam darah
  • Mengekalkan paras kolesterol yang sihat
  • Baik untuk kesihatan usus
  • Meningkatkan sistem imun
  • Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan diabetes jenis 2
Foto -Food & Nutrition Magazine

Bukan untuk kesihatan sahaja malahan kecantikan juga, ada laporan mengatakan pengambilan saderi boleh menghidratkan badan termasuk kulit (mengandungi kandungan air yang tinggi sehingga 95%).

BACA:  Selain Paris Hilton, 5 Selebriti Ini Turut Pilih Gaun Pengantin Inspirasi Grace Kelly

Sel kulit yang hidrasi menjadikan kulit lembut dan licin. Kulit lembap juga akan mengelak kita dari tanda penuaan termasuk kedutan dan garis halus.

Berbaloi Ke?

Tidak ada salahnya minum jus saderi jika ia memberi kesan positif pada badan. Tapi faedah yang sama boleh didapati dengan mengambil sayuran hijau yang lain, tidak hanya fokus kepada jus saderi semata-mata. Kalau boleh pelbagaikan lebih banyak sayuran setiap kali mengisi perut, dan minum air kosong.

Selamat Beramal!

RUJUKAN : 1, 2, 3, 4

FILED UNDER celery juicejusjus hijaujus saderiminum jusmiranda kerrsaderi
Share242SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.