Jerawat, merupakan mimpi ngeri terbesar setiap perempuan. Walaupun sekadar jerawat pasir, keyakinan diri boleh hancur lebur. Apatah lagi jerawat besar yang menghiasi setiap ruang di muka.
Jerawat adalah keadaan di mana terdapat bintik atau benjolan pada permukaan kulit. Jerawat terhasil apabila folikel rambut tersumbat oleh lebihan sebum atau minyak. Sebum bersama-sama sel kulit mati dan bakteria akan terperangkap di bawah permukaan kulit. Ini menyebabkan pembengkakan dalam pelbagai bentuk dan saiz.
Acne vulgaris termasuk bintik hitam, bintik putih, papul, nodus dan cyst di antara masalah jerawat yang paling biasa. Masalah jerawat yang ringan seperti bintik hitam dan bintik putih boleh dirawat dengan ubat yang boleh diperolehi dari kedai farmasi. Masalah jerawat yang sederhana dan teruk memerlukan rawatan dari dermatologis.
- Foto – Medical News Today
Selebriti Yang Pernah Derita Masalah Jerawat
Jerawat boleh muncul pada sesiapa sahaja pada bila-bila masa. Ia langsung tidak memberi signal. Kalau orang biasa sudah tertekan apatah lagi golongan selebriti yang kita ketahui rupa paras sempurna adalah sumber rezekinya.
Mereka turut mengalami suatu kondisi yang biasa dialami gadis dan lelaki di mana sehingga cenderung untuk kehilangan keyakinan diri. Ini antara mereka yang pernah sengsara dan kini bahagia selepas merawatnya.
Kendall Jenner
Dihentam hebat netizen ketika membuat kemunculan di Golden Globe ke-75 kerana masalah mukanya yang teruk berjerawat.
- Foto – Complex
BTS Jungkook
Sejak awal debut, Jungkook pernah memaklumkan kulit mukanya sangat sensitif sehingga kerap timbul jerawat. Paling teruk ketika dia muncul di kaca TV dengan muka yang tidak sekata dan menampakkan jerawat pasir timbul.
- Foto – Allkpop
Emma Maembong
Kita lihat di kaca TV, orangnya comel dan putih tapi siapa sangka Emma tidak terkecuali sengsara jerawat. Malah selalu berkongsi dengan follower masalah jerawat yang dialaminya.
- Foto – Beautifulnara
Izara Aishah
Izara menjelaskan dia masih belum menjumpai produk penjagaan kulit yang secocok dengannya.
- Foto – Instagram
Model Irene Kim
Model dan juga influencer ini sentiasa kelihatan sempurna. Tapi pernah alami episod hitam disebabkan jerawat.
- Foto – Instagram
Bigbang Taeyang
Disebabkan mekap yang tebal, Taeyang juga terkena tempias jerawat.
- Foto – Koreaboo
Bella Thorne
Acapkali dihentam netizen kerana masalah kulit yang dialami. Ramai berpendapat mekap tebal Bella adalah penyebab timbulnya jerawat.
- Foto – Pinterest
Red Velvet Irene
Demi menutup cacat cela, Irene terpaksa mengenakan mekap tebal.
- Foto – Koreaboo
Yang pasti kalau “DIA” datang, terimanya dengan lapang dada kerana nanti dia akan hilang sendirinya. No need rasa sedih dan jaga muka sebaiknya. Kalau teruk pergi berjumpa pakar dan dapatkan nasihat.