Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Hiburan

Drama Wajib Tonton Kalau Suka Kisah Zombie, Semua Best!

by IamLisa
June 20, 2021
Foto - Wiki Fandom

Foto - Wiki Fandom

6
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Penulis merupakan peminat kepada genre seram, misteri, lagi-lagi kisah-kisah zombi. Pada penulis genre sebegitu terasa lebih mencemaskan, mendebarkan yang membuatkan diri terasa tidak sabar dan teruja untuk mengetahui kisah selanjutnya.

Bagi peminat filem Train To Busan, siri The Walking Dead yang menjerumus ke kisah zombi, Wanista gugat adrenalin dengan seleksi drama yang sewaktu dengannya.

5…4…3…2…

Kingdom

Berdasarkan komik web, Kingdom of the Gods yang ditulis oleh Kim-Eun Hee, Kingdom menterjemahkan zaman Joseon (abad pertengahan) Korea, menceritakan putera mahkota mengetuai misi untuk menyiasat wabak hitam yang telah menghancurkan negaranya.

Oleh kerana terdapat hanya enam episod dalam siri pertama, penonton teruja untuk mengetahui apa yang akan berlaku kepada putera mahkota untuk menyelamatkan negaranya yang diserang zombi.

Siaran : Netflix

Santa Clarita Diet

Tidak mengetengahkan elemen drama, tapi Santa Clarita Diet lebih kepada sebuah sitkom yang mencuit hati. Tapi… masih ada unsur suspen dan mengejutkan.

Dua ejen hartanah berkahwin di Santa Clarita, California, hidup dalam keadaan yang selesa dengan anak perempuan dan teman kejiranan sehinggalah si isteri berubah menjadi zombi dan ketagihkan daging manusia. Si isteri dimainkan oleh aktres Drew Barrymore, cara lakonannya sangat bersahaja dan kelakar.

Anda kena tonton kerana Santa Clarita Diet langsung tidak mengecewakan, yang kelakar bila si isteri ingin memburu manusia, pelbagai perkara berlaku.

Siaran : Netflix

The Rain

Satu wabak mula menular melalui hujan menyebabkan jumlah kematian berleluasa di kawasan Scandinavia. Beberapa mangsa yang terselamat kemudian perlu membina masyarkat pasca pasca apokaliptik, seperti “The Walking Dead.”

Terdapat perjuangan kuasa ganas dan puak-puak yang berperang, para penyelamat yang secara tidak sengaja dijangkiti mesti dibunuh dengan kejam.

Siaran : Netflix

Black Summer

Sekumpulan orang asing bersama-sama untuk mencari kekuatan yang mereka perlukan untuk bertahan dan kembali kepada orang yang disayangi.

Zombie dalam cerita ini agak ganas, jadi tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak. Jalan cerita agak laju, dengan lakonan mantap para pelakon. Terdapat beberapa babak dalam Black Summer yang agak gerun, cemas dan menakutkan. Bagi penulis, itu yang menjadikannya mesti ditonton.

Siaran : Netflix

Sweet Home

Selepas kematian keluarga dalam kemalangan, watak Cha Hyun-soo (Song Kang) berpindah ke sebuah apartmen baru. Tidak lama kemudian, kehidupannya yang sunyi terganggu oleh kejadian aneh yang mula berlaku di situ. Apabila orang berubah menjadi raksasa, Hyun-soo dan penduduk lain cuba bertahan.

CGI yang hebat bila manusia berubah menjadi monster, sinematografi, lakonan setiap pelakon sangat luar biasa. Drama ini menghasilkan jalan cerita dari perspektif yang boleh diterima, itu yang menjadikannya seronok ditonton.

Siaran : Netflix

Jom, streaming cerita zombie. Selamat Menonton!

Tags: black summerdrama zombikingdomNetflixsanta clarita dietsweet homethe rainZombi
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - @puteranordanish2 (TikTok) / Facebook
Gosip Tempatan

“Patutlah Melekat, Setia Je”- Bekas PA Dedah Nur Sajat Bayar Jadoos RM1700 Setiap Bulan

by Opie Azizlan
January 6, 2022
0

Sumpah terkejut! Ingatkan masih bersama dan setia atas dasar cinta, rupanya wang. Rakan baik merangkap bekas pembantu, Mokkay mendedahkan Jad...

Baca Lagi
Foto - Netflix
Hiburan

Lagi Banyak Review Negatif Dari Positif, Ini Yang Gong Yoo Respon Tentang “The Silent Sea”

by IamLisa
January 5, 2022
0

"Betul ke siri The Silent Sea tak best? Kalau lihat pada review, kebanyakan lebih negatif daripada positif, dah kenapa?" Berbekalkan...

Baca Lagi
Foto - Okezone
Hiburan

‘Mengidam’ Naik Motor Vespa, Raffi Ahmad Hadiahkan Isterinya Nagita Slavina Vespa Dior

by IamLisa
January 3, 2022
0

Wanita lain mengidam makanan, tapi isteri kepada penghibur Raffi Ahmad lain macam mengidamnya. Bayangkan dia teringin naik motor Vespa. Dipetik...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Hiburan

Seriuslah?! 6 Selebriti Dilaporkan Telah Disaman Oleh Peminat Sendiri

by Opie Azizlan
January 3, 2022
0

Pernah terlintas tak peminat akan saman idola kegemaran mereka? Macam kelakar dan tak masuk akal, tetapi perkara itu ada berlaku...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.