Boleh tekanan jiwa berdepan dengan orang yang mood sentiasa berubah-ubah. Sekejap gembira, tiba-tiba sedih, pemarah, bengis, gelisah, gemuruh, malas semuanya dalam satu hari.
Adakah perubahan mood itu sebenarnya normal? Yang pasti selagi mana ia tidak menjejaskan kehidupan anda atau orang sekeliling, ia adalah satu proses yang normal. Tetapi jika mood yang serius sehingga boleh menjejaskan kualiti hidup maka perlu dirawat oleh ahli profesional kerana dikhuatiri akan memudaratkan diri sendiri dan orang lain.
- Foto – Everyday Health
Tertanya juga apa yang membuatkan mood seseorang berubah-ubah?
Stress dan Gelisah
Tekanan hidup yang berlaku dari hari ke hari tentunya boleh menjejaskan mood anda lebih-lebih lagi jika anda adalah seorang yang sensitif. Anda mungkin bertindak balas dengan lebih dasyat daripada orang lain.
Ada juga yang berasa gelisah dan bimbang terhadap sesuatu peristiwa atau acara besar yang akan berlaku. Jika berlaku kegelisahan di luar kawalan selama lebih 6 bulan, anda mungkin didiagnosis sebagai gangguan kegelisahan atau anxiety disorder.
Bipolar
Penghidap bipolar mengalami naik dan turun mood yang lebih teruk dan ekstrem berbanding perubahan biasa. Mereka boleh berasa gembira yang melampau (manic) sehingga berbelanja, bercakap dan tidak tidur secara berlebihan.
IKLAN
Di waktu lain pula, perasaan sedih melampau (depresi) boleh membuatkan mereka menyendiri dan merasakan dirinya tidak berharga sehingga ingin membunuh diri.
- Foto – Practical Pain Management
Kemurungan
Mereka yang mengalami kemurungan boleh menghadapi perubahan mood juga. Kadangkala, berasa sedih dan di waktu lain pula berasa senang. Tetapi perasaan senang itu tidak sampai ke tahap manic seperti gangguan bipolar. Mereka juga mungkin lebih sedih di waktu pagi berbanding petang.
Perubahan hormon
Hormon seks terkait dengan emosi anda. Sebarang perubahan yang berlaku turut akan menjejaskan mood. Bagi wanita, sindrom pra-haid (PMS), kehamilan, menopaus dan perimenopaus (tempoh hampir kepada menopaus) boleh membawa kepada emosi serta mood yang tidak menentu.
Pesan Wanista jika berterusan dan lama anda mengalami mood swing maka pergilah berjumpa dengan pakar.