Pasangan ini pernah berada di bawah satu agensi yang sama suatu masa dahulu sebelum ditendang keluar kerana dilamun cinta.
Alasan Cube Entertainment, mereka sudah tidak dapat bekerja bersama kerana Hyuna mahupun Dawn gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh syarikat.
Kini, Hyuna dan Dawn berada di bawah agensi P Nation, milik penyanyi tersohor Psy. Di sana mereka bebas untuk berkarya dan yang penting tiada hubungan toksik, semuanya real dan dihormati.
Bukan itu sahaja, Hyuna dan Dawn juga tidak lagi mahu sorok, malah jujur dalam hubungan. Pasangan serasi ini pula dilihat tanpa segan-silu melakukan PDA di media sosial Instagram, dan peminat sukakannya.
Jom lihat antara moment tersebut, boleh bikin potong kaki dan yang single makan hati.
Bila Hyuna malu melihat Dawn hanya mengenakan boxer
Couple look paling ekstrem
Comelnya curi-curi ambil gambar Dawn tidur
Happy birthday Hyuna
Royal couple dalam airport fashion
Romantik sekali main air sama-sama
Perform sekali, sokong satu sama lain
Jom shopping
Terapi minda di pantai
Photoshoot majalah
Couplegoal bila menari bersama
Sebenarnya banyak lagi moment bahagia pasangan merpati dua sejoli ini. Di harap hubungan Hyuna dan Dawn terus berkekalan dan mereka dapat berkarya hasilkan lagu yang best.