Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Cinta & Perhubungan

Please Move On! Dah Tiba Masanya Kamu Maafkan Bekas Kekasih

by Lisa AG
October 12, 2021
Foto - Zoosk

Foto - Zoosk

189
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Putus cinta dan pengakhiran sedih dalam percintaan mahupun hubungan suami isteri meninggalkan banyak kesan kepada kita. Kita cenderung untuk terjebak kepada emosi negatif dan mempunyai rasa tidak puas hati.

Dalam usaha untuk move on dalam kehidupan, seseorang itu tidak perlu menyimpan apa-apa rasa menyesal. Adalah lebih baik untuk tidak berpegang kepada masa lalu. Hanya apabila kita melepaskan masa lalu, kita boleh memulakan satu perjalanan yang baru untuk masa depan.

Kenapa Wanista rasa kamu perlu maafkan bekas kekasih, baca artikel ini selanjutnya.

Membantu kamu berurusan dengan emosi

Apabila kamu mempunyai kenangan buruk dalam hati, kamu tidak akan dapat melupakan bekas kekasih. Terdapat banyak emosi dalam diri seperti kemarahan, kesedihan, menyalahkan diri sendiri dan pelbagai lagi.

Foto – Business Insider

Jika kamu tidak memaafkan si dia, maka akan menjadi sukar bagi kamu untuk menjadi gembira dengan kehidupan dan move on!

Membantu kamu untuk benar-benar melepaskan diri

Jika kamu benar-benar mahu memutuskan semua hubungan dengan bekas dan tidak mahu dia menjadi sebahagian daripada hidup dalam apa jua hal sekalipun, semestinya kamu perlu memaafkannya, perlu memaafkannya.

Melainkan jika kamu memaafkan, dia masih akan menjadi sebahagian daripada semua kemarahan dan kesedihan kamu. Jika kamu ingin benar-benar melupakan dia, maka pertama sekali, maafkanlah dia.

Tenaga positif

Kamu perlu membantu diri dengan melepaskan semua pemikiran negatif dan tenaga kurang baik di minda. Apabila kita tidak memaafkan seseorang, emosi negatif akan sentiasa berada di sekeliling dan ia tidak akan membolehkan kamu untuk menjadi positif dan gembira.

Foto – Bustle

Hanya dengan fikiran yang positif dan gembira, kamu boleh memikirkan mengenai orang lain dalam hidup.

BACA:  Berdasarkan Sabda Nabi SAW, Ini 3 Azab Isteri Derhaka Pada Suami Di Dunia

Membantu kamu meletakkan masa lalu di belakang

Walaupun perkara yang kamu inginkan tidak berakhir dengan baik, ia tidak bermakna perkara itu yang tidak boleh diubah dengan kekasih yang baru.

Sebaliknya jika kamu berpacaran dengan kekasih baru, maka kamu akan cenderung untuk membandingkan dia dengan bekas kekasih yang hanya akan mewujudkan ketegangan dalam hubungan semasa. Jadi maafkan bekas kekasih kamu dan jangan sesekali membanding dia dengan kekasih baru.

Moving forward

Sama ada teman lelaki kamu suka menipu, berlaku curang atau menuduh tentang sesuatu yang kamu tidak lakukan, adalah semulajadi kamu akan berasa marah dan kecewa. Jadi untuk membuang perasaan tersebut, kamu perlu memaafkannya dan bergerak ke hadapan.

Senyum Selalu ❤

FILED UNDER bekas kekasihexmaaf bekas kekasihmove onsuami isteri
Share76SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.