Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Masalah Ketagihan Onani Yang Melampau? Atasi Dengan 8 Langkah Ini

by Lisa AG
November 2, 2021
Foto - Medical Daily

Foto - Medical Daily

2.6k
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Onani merupakan kebiasaan yang sering dilakukan oleh manusia, dan boleh memberi kesan buruk. Lelaki yang kerap melakukan onani akan mengalami ejakulasi awal. Selain dari itu juga onani boleh menyebabkan ketagihan tanpa disedari jika dilakukan tanpa kawalan.

Menurut pakar kesihatan, aktiviti seksual tersebut boleh menyebabkan kelainan fungsi seksual serta gangguan kejiwaan sehingga menyebabkan badan lemah tidak bermaya.

Jika anda ingin menghentikan tabiat buruk tersebut, cubalah beberapa langkah yang kami kongsikan ini:

Elak Sentuh Bahagian Intim

Elakkan menyentuh bahagian intim di tubuh anda kecuali semasa anda sedang mandi. Elakkan bersendirian dan cuba aktiviti beriadah bersama teman dan rakan di luar terutamanya aktiviti bersukan.

Pilih Rakan Yang Betul

Jika anda akrab dengan seseorang yang mempunyai kebiasaan onani, anda perlu menjarakkan diri dari mereka jika mereka tidak mahu berubah.

Foto – New York Post

Ketahuilah bahawa dua orang dengan kelemahan yang sama akan membuatkan anda semakin sukar berhenti dari kebiasaan buruk itu. Pilihlah rakan yang dapat mendorong anda melakukan perkara yang baik.

Pakai Yang Elok-Elok

Ketika hendak tidur, berpakaian dengan elok sehingga tubuh anda tertutup dan boleh menghalang anda untuk menyentuh bahagian-bahagian intim.

Sibukkan Diri Dengan Aktiviti

Cari aktiviti-aktiviti untuk menyalurkan masa dan tenaga anda seperti bersenam. Atau libatkan diri anda dalam sukan berkumpulan seperti bola sepak, bola keranjang, badminton, atau tenis.

Say No To Pornografi

Elakkan melihat atau membaca majalah atau menonton video yang bersifat porno. Melihat perkara yang erotik baik dari medium bahan bacaan, TV, DVD, atau pada orang-orang tertentu yang berpakaian atau bergambar erotik akan memberikan dorongan seksual yang kuat.

Foto – India.com
BACA:  Lagi Kaya Dari Ratu Elizabeth, India Rose James Jadi Pewaris Bisnes Pornografi Di Usia 21 Tahun

Jika anda serius ingin lepas dari ketagihan ini, tutuplah akses terhadap material pornografi. Jika anda mempunyai koleksi filem atau bacaan porno, buang semuanya.

Ilmu Agama Itu Penting

Cuba dekatkan diri dengan Kitab Suci Al-Quran. Berdoalah supaya memudahkan proses perubahan anda kerana itu semua akan membuatkan anda terhindar dari segala kemungkaran.

Bantuan Terapi

Carilah pertolongan daripada orang yang tepat. Jangan merasa malu atau enggan untuk meminta bantuan. Ingatlah bahawa terdapat ramai orang yang sedang berjuang untuk lepas dari masturbasi.

Jaga Pemakanan

Makan makanan sihat. Pengambilan buah dan sayur yang boleh menutrisi tubuh sehingga anda segar bekerja sepanjang hari.

Foto – WallTuned

Jadi, secara keseluruhan onani lebih mendatangkan kesan negatif berbanding yang positif. Jadi kenapa perlu lakukan?

FILED UNDER ejakulasi awalketagihan onanionaniPornografi
Share1050SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  4. 4

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  5. 5

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.