Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Warna Pada Lidah Tentukan Tahap Kesihatan Kamu

by IamLisa
January 30, 2021
Foto - Dental Group

Foto - Dental Group

6
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Berdiri depan cermin, meneliti setiap inci pada anggota badan, semuanya okay. Tapi bila buka mulut dan melihat lidah… kenapa lidah agak “berkedut” di bahagian tepi. Keadaan ini membuatkan kita mula memikirkan segala kemungkinan kenapa lidah kita sebegitu rupa.

Lidah adalah anggota badan kita yang sangat penting. Tapi berapa ramai dari kita yang tahu sama ada lidah kita berada dalam keadaan sihat atau pun tak?

Warna Merah Strawberi

Lidah merah berkilat dan halus meunjukkan bahawa tubuh badan anda kekurangan vitamin B12 atau kekurangan zat besi.

Jika keadaan lidah ini berterusan, ia boleh menyebabkan kesakitan ketika makan cecair panas atau makanan pedas. Vegetarian terutama terdedah kepada tahap rendah B12, yang terdapat dalam daging tertentu.

Foto – Readers’s Digest

“Sekiranya anda menyedari lidah anda warna merah strawberi, dan anda seorang vegetarian, tanya doktor anda tentang pengambilan makanan tambahan, ” jelas Dale Amanda Tylor, MD, MPH, di Washington Township Medical Foundation.

Warna Gelap Seperti Coklat

Jika warna lidah anda gelap seakan hitam dan lidah malah terdapat bulu halus, ini bererti anda seorang yang malas menjaga kebersihan gigi serta mulut.

Foto – www.rd.com

“Biasanya lidah yang gelap dan berbulu terjadi disebabkan kuat merokok, ketagih kopi dan tidak menjaga kesihatan oral dengan betul. Ini boleh menyebabkan nafas berbau atau rasa tidak normal.

“Cara terbaik ialah memberus gigi dan lidah atau menggunakan pengikis lidah bagi membuang semua sisa makan yang terlekat, ” terang Jack Der-Sarkissian, MD, seorang doktor keluarga di Southern California.

Kedutan Pada Lidah

Anda semakin berusia, ya, lidah kita juga menunjukkan tanda-tanda penuaan. Ini menyebabkan terdapat kedutan pada permukaan lidah dan kedutan tersebut  boleh membuatkan bakteria dan kuman bersarang di lidah anda.

Foto – The San Francisco Globe

“Keadaan ini tidak berbahaya tetapi masalah timbul jika kebersihan gigi tidak dijaga sehingga membawa kepada jangkitan. Anda akan mengalami kesakitan gigi, bau busuk dan kadang-kadang rasa panas dalam mulut, ” jelas Dr. Der-Sarkissian.

Pastikan anda menjaga kebersihan oral dengan betul dan minum air yang mencukupi.

Benjolan Putih Bawah Lidah

Anda pernah merasa seperti ada benjolan kecil berwarna putih di lidah anda? Tompok putih yang tidak menyakitkan itu dipanggil leukoplakia disebabkan oleh pertumbuhan sel yang berlebihan.

Sering dikaitkan dengan perokok, mempunyai kira-kira 5 hingga 17 peratus peluang untuk berkembang menjadi kanser.

Foto – www.rd.com

Bagaimana pula kalau yang bukan perokok? “Tompokan itu juga kadang-kadang berlaku kerana kekerapan menggosok lidah, ” kata Ada Cooper, DDS, jurucakap penasihat pengguna untuk American Dental Association di New York City.

Bintik Merah Pada Lidah

Jangan ambil mudah jika bintik-bintik merah yang timbul pada lidah aika anda mengalaminya lebih dari dua minggu. Ini mungkin gejala awal kanser lidah yang boleh terjadi kepada perokok tegar dan penghidap HIV.

Foto – www.rd.com

“Walaupun biasanya dikaitkan dengan penggunaan tembakau, kanser mulut juga boleh disebabkan oleh virus HPV. Jadi dapatkan pemeriksaan segera walaupun ia tidak mengganggu anda, ” jelas Dr Tylor.

Lidah Putih

Keadaan di mana lidah yang berwarna putih menunjukkan bahawa lidah anda telah dijangkiti kuman. Ini boleh menyebabkan lidah anda mengalami ulser. Keadaan ini sering dikaitkan dengan antibiotik.

Foto – www.rd.com

“Lidah adalah rumah kepada bakteria dan yis secara semula jadi. Apabila anda mengambil antibiotik, yang secara selektif membunuh bakteria, ia boleh membenarkan yis, yang tidak dibunuh oleh antibiotik, untuk mengambil alih.

“Keadaan ini mungkin menyebabkan gangguan rasa atau sedikit rasa sakit, juga boleh berlaku pada mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah, ” terang Dr. Tylor.

Apa pun pastikan anda menjaga kebersihan oral dengan baik, bila berus gigi jangan lupa sental sekali lidah.

Selamat Beramal! ❤

RUJUKAN : 1, 2

Tags: kesihatan warna lidahmaksud warna lidahpenyakit warna lidahtahap kesihatan lidahtahap kesihatan warna lidahwarna lidah
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Pinterest / @anniedeliversmd (TikTok)
Kesihatan

Sangat Bahaya! Pakar Gynaecology Dedah Ini Yang Akan Berlaku Kalau Pakai Panty Liner Setiap Hari

by Opie Azizlan
January 4, 2022
0

Ada pakai panty liner? Pakai setiap hari tak? Kalau masih pakai panty liner dan pakai setiap hari, lebih baik hentikannya...

Baca Lagi
Foto - Buy Berocca
Kesihatan

Minum Suplemen Berocca, Air Kencing Jadi Kuning. Ini Ahli Farmasi Jelaskan Sebab

by IamLisa
January 4, 2022
0

"Kenapa saya minum suplemen Berocca, air kencing jadi kuning?" Jika air kencing kamu bertukar menjadi kuning terang beberapa jam selepas...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Kesihatan

“Confirm Gemuk Kalau Kerap Minum Air Sejuk”- Ini Penjelasan Pakar

by Opie Azizlan
January 3, 2022
0

Dengan cuaca yang panas-panas rembang di negara kita ini, paling best kalau boleh minum air sejuk. Hilang rasa haus dan...

Baca Lagi
Foto - Healthline
Kesihatan

Kenapa Ada Orang Minum Susu Sebelum Tidur? 4 Manfaat Ini Confirm Kamu Dapat

by IamLisa
January 3, 2022
0

Mesti kamu pernah nampak ada orang amalkan minum susu sebelum tidur. Bukan kanak-kanak sahaja, yang dewasa pun mengamalkan cara ini....

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.