Wanita senang melihat “kesalahan” yang dilakukan wanita lain. Sama ada dari segi mekap, pakaian, tudung, gaya rambut mahupun tutur kata, kalau ada yang cacat di mata mereka terus sahaja mengerutkan dahi tanda tidak puas hati.
Tetapi bagaimana dengan lelaki? Adakah mereka juga sebegini atau memang langsung tidak memahami hal fesyen atau perkara-perkara feminin?
Tapi menerusi pemerhatian penulis, lelaki juga tidak menyukai beberapa faktor ini berlaku pada wanita.
Dandanan rambut yang ekstrem
Tak perlu dandanan rambut yang sarat dengan bertocang, bersanggul kerana lelaki tak pandang itu semua.
- Foto – ew.com
Percayalah, kebanyakan lelaki lebih suka bila wanita membiarkan rambut panjang atau pendek begitu sahaja, lembut dan bermaya, bukannya keras akibat semburan.
Berpuluh lapisan mekap
Rasanya bukan lelaki sahaja yang geli bahkan penulis juga tidak gemarkan solekan tebal di wajah, rasa berat semacam.
- Foto – Pinterest
Foundation digunakan untuk menyembunyikan ketidaksempurnaan, garis halus dan kecacatan. Walaubagaimanapun, ia perlu digunakan sebagai lapisan yang nipis, berlebihan boleh menjadikannya kelihatan seperti tepung gomak, bercapuk bahkan mencacatkan lagi penampilan.
Ingat, less is always more!
Bibir hitam
Gincu adalah alat yang hebat untuk menjadikan bibir anda lebih cantik. Tetapi berhati-hatilah, jika disalah gunakan, ianya akan membuatkan bibir anda bertambah buruk sehingga lelaki geli melihatnya.
- Foto – Huffington Post
Nasihat penulis, apabila keluar makan malam, gunakan gincu yang tidak keterlaluan warnanya sebagai contoh peach, merah jambu, merah atau nude. Warna gincu gelap mempunyai kecenderungan mengerikan ke gigi semasa anda bercakap atau makan – bukan pemandangan yang menyenangkan bagi mereka yang melihat.
Haruman yang melampau
Sentiasa berpada-pada bila menyembur minyak wangi, takut menyesakkan hidung orang sekeliling.
- Foto – Colourbox.com
Cara Wanista, anda letakkan beberapa titik di leher, belakang telinga dan pergelangan tangan untuk mengekalkan haruman berpanjangan.
Mekap di khalayak umum
Tahukah anda lelaki sebenarnya kurang gemar melihat kesayangan mereka sibuk mekap dan touch up di depan khalayak ramai.
- Foto – The Spruce
Setiap kali sebelum keluar, pastikan dahulu anda siap mekap cantik-cantik dan apabila ingin touch up sekalipun, pergilah ke tandas, baru nampak manis.
Kurang penjagaan badan
Kuku tidak bersih, kaki berbulu dan ketiak yang tidak dicukur boleh membuatkan lelaki turn-off.
- Foto – Nylon
Kebersihan diri yang buruk tidak dapat disembunyikan dengan solekan dan pakaian yang cantik.