Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Cinta & Perhubungan

Cinta Bertepuk Sebelah Tangan? Sila Akhiri Jika Ada Tanda-Tanda Ini

by Lisa AG
February 8, 2021
Foto - The Divine

Foto - The Divine

868
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Ada di kalangan pembaca yang pernah berhadapan dengan situasi Cinta Bertepuk Sebelah Tangan? Bagaimana menghadapinya? Rasa sakit? Geram? Marah? Kecewa? Sedih?

Apabila anda sedang jatuh cinta, secara semula jadi anda sanggup lakukan apa sahaja untuk pasangan. Anda sanggup berkorban untuknya.

Walau bagaimanapun, dari masa ke masa anda tahu pasangan anda tidak mencintai anda seperti anda sayanginya. Sehingga akhirnya anda sedar, cintannya hanya bertepuk tangan.

Bila melibatkan soal hati, memang susah. Tahu-tahu pula hanya kita yang beriya-iya, rupanya dia tidak sedikit mempunyai perasaan yang sama. Inilah namanya cinta yang bertepuk sebelah tangan.

Jika anda merasa cinta ternyata bertepuk sebelah tangan, segera akhiri sebelum anda disakiti lebih teruk lagi.

Anda yang memulakan perbualan

Di mana anda yang menghantar teks pesanan ringkas, membuat panggilan telefon dan anda berusaha untuk melihat satu sama lain, keluar dating setiap kali tiba hujung minggu.

Foto – College Candy

Sekiranya anda membuat sebahagian besar plan untuk menghabiskan masa bersama-sama dan dia langsung tidak menghiraukannya maka itu tanda anda berdepan dengan one-sided love, jadi lupakan sahaja.

Acapkali menjadi orang yang pertama dalam setiap perkara, anda yang bersungguh-sungguh dalam hal percintaan tapi si dia buat tak tahu.

Dia tidak peduli dengan anda

Simple dan Plain! Itulah kenyataannya. Sebenarnya bila anda lama-kelamaan dengannya, anda mungkin boleh perasan bahawa dia sebenarnya tidak pedulikan tentang diri anda, dan anda betul.

Intipatinya, jika anda terlibat dalam perhubungan cinta bertepuk sebelah tangan, pasangan anda tidak peduli akan kesejahteraan atau berusaha untuk membahagiakan anda, dia langsung tidak mengambil inisiatif sepatutnya untuk menggembirakan anda.

IKLAN

Pada penulis, seorang kekasih yang baik ialah yang sentiasa menjaga hubungan setiap hari.

Bila si dia buat anda rasa bersalah tanpa sebab

Dalam kebanyakan hal, anda selalu mengalah dan sentiasa kalah. Individu sebegini bersikap manipulatif dengan mengetahui kelemahan anda dan sentiasa mempergunakan anda untuk kepentingan mereka sendiri.

Foto – All Sweetness and Life

Namun, bukan mudah untuk anda menjauhkan diri daripada mereka kerana mereka bijak memutar-belit keadaan sehingga menampakkan anda yang bersalah dalam setiap hal.

Dia mengabaikan masalah hubungan

Anda sentiasa berusaha untuk membincangkan hal berdua, tetapi partner anda sedikit pun tak ambil pusing.

Sebagai contoh, anda mempersoalkan kenapa dia asyik menghabiskan masa bersama rakan berbanding dengan anda, Kerana itu, anda suarakan apa yang terpendam tetapi penerimaan yang diberi agak melukakan hati.

Dia seperti tidak mahu menangani sebarang masalah, kerana dia tidak peduli dengannya. Jadi anda merasa seperti anda ditinggalkan dengan dua pilihan: cuba untuk menyelesaikan masalah dengan sendiri atau mengabaikannya.

Anda sentiasa berasa tertekan

Foto – Real Women For God

Anda sentiasa bimbang bahawa hubungan berada di ambang kehancuran dan merasakan itu semua salah anda. Atau anda cuba bekerja keras untuk menunjukkan kepada pasangan bertapa anda sayangkannya dan berhubung sekerap yang mungkin.

Jika pasangan membuat anda merasa tertekan dan tidak selamat, maka lebih baik anda undur diri sahaja. And learn to love yourself, and think about yourself before anything else!.

Rujukan: 1, 2, 3

Tags: cinta bertepuk sebelah tanganmasalah cinta tepuk sebelah tanganone-sided lovesigns of one-sided lovetanda cinta tepuk sebelah tangan
Share347SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

“Meluat Gila!”- Senarai Perangai Lelaki Yang Wanita Paling Tak Suka
Cinta & Perhubungan

“Meluat Gila!”- Senarai Perangai Lelaki Yang Wanita Paling Tak Suka

January 5, 2022
“Akhirnya, Lengkap Tulang Rusuk Kiri”- Rupanya Begini Kisah Cinta Datin Sri Heliza Helmi & Suami
Cinta & Perhubungan

“Akhirnya, Lengkap Tulang Rusuk Kiri”- Rupanya Begini Kisah Cinta Datin Sri Heliza Helmi & Suami

January 4, 2022
“From This, To This”- Tak Kisah Beza 11 Tahun, Pemuda Merisik & Jadikan Cikgu Sendiri Sebagai Isteri
Cinta & Perhubungan

“From This, To This”- Tak Kisah Beza 11 Tahun, Pemuda Merisik & Jadikan Cikgu Sendiri Sebagai Isteri

January 4, 2022
Jarang Pamer Kemesraan, Netizen Puji Foto Kate Middleton & Putera William Ini. Romantik Tau!
Cinta & Perhubungan

Jarang Pamer Kemesraan, Netizen Puji Foto Kate Middleton & Putera William Ini. Romantik Tau!

January 3, 2022
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    [ Hiburan ] Pelakon Jeslina Hashim sah bercerai talak satu

  2. 2

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

  3. 3

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  4. 4

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  5. 5

    Keajaiban Ayat ‘Laqod Jaa’kum’ Jika Jadi Amalan Harian

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.