Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Dekorasi

Macam Ini Baru Cantik! Tips Deko Bilik Tidur Merah Jambu Untuk Si Gadis

by Lisa AG
October 28, 2021
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

182
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Merah jambu, warna pilihan si gadis ini bukan sahaja mempunyai ciri sejuk dan lembut malah mampu membuatkan kamar tidur tampil begitu istimewa sekali, dan tak lupa sisi romantik.

Gaya serta hiasan terpulanglah untuk menetapkannya. Ada yang mengambil inspirasi watak-watak kartun disney untuk elemen playful, dan ada juga yang lebih suka polos tanpa sebarang karakter untuk mengekalkan ciri minimalis dan romantik.

Berikut adalah beberapa idea deko kamar tidur menggunakan warna merah jambu sebagai asas.

Gabungan Peachy Pink

Untuk tampak lebih segar, mungkin anda boleh mencampurkannya dengan percikan peachy pink untuk mencapai ruang yang siluet dan tidak berserabut.

Foto – Pinterest

Campuran warna merah jambu lembut dan peach sangat sesuai untuk mewujudkan bilik tidur yang santai.

Selitkan Elemen Hijauan Tanaman

Foto – Pinterest

Penambahan kayu oak atau dedaun segar yang besar melengkapkan ruang dengan sempurna. Ia menghasilkan suasana tropikal yang sejuk serta sedap mata memandang.

IKLAN

Siluet Pastel Nampak Lagi Sweet

Foto – Pinterest

Seimbangkan padanan kuning sitrus dan merah jambu. Kombo warna ini berfungsi dengan baik untuk kamar tidur si gadis remaja atau yang dewasa juga.

Mulakan Pada Katil

Foto – Pinterest

Transformasi kamar tidur berwarna merah jambu tidak memerlukan banyak wang. Boleh mula pada sarung bantal, cadar dan selimut. Mainkan dengan warna dan corak agar nampak kreatif dan menarik.

Latar Belakang Pink Floral

Foto – Pinterest

Makeover dengan kertas dinding bunga vintage yang tidak serabut. Make sure reka bentuk yang lebih segar agar bilik masih nampak luas.

Seksi Dengan Hot Pink

Foto – Pinterest

Ubah bilik tidur dengan padananan warna yang bold seperti hot pink dan corak bunga yang ceria. Anda benar-benar perlukan keyakinan dengan permainan warna terang ini agar bilik kekal selesa.

Paling selamat adalah rona merah jambu lembut, nampak sejuk dan luas. Apa lagi jom eksperimen kamar tidur.

Tags: bilik tidurbudak perempuandeko rumahkamar tidurmerah jambu
Share73SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Macam Ini Baru Cantik! Tips Deko Bilik Tidur Merah Jambu Untuk Si Gadis

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.