Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Cinta & Perhubungan

Bila Pasangan Tengah Marah, Kamu Patut Lakukan Perkara Ini

by IamLisa
May 20, 2021
Foto - Tumblr

Foto - Tumblr

5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Membina perhubungan yang sempurna bukanlah mudah. Ada naik turunnya. Bergaduh dan bermasam muka sudah jadi perkara normal bagi pasangan bercinta.

Tetapi, apa perkara yang sepatutnya dilakukan jika pasangan kamu sedang marah? Hanya berdiam diri tanpa melakukan apa-apa? Ambillah langkah-langkah sewajarnya bagi menjaga hubungan baik.

Beri ruang

Foto – Pinterest

Pabila pasanganmu sedang marah atau berdiam diri tanpa memberi sebab, perkara yang terbaik adalah memberi ruang kepadanya untuk menenangkan diri. Jangan bertanyakan soalan bertubi-tubi! Kerana ia akan menimbulkan lagi kemarahannya.

Bertanyakan apa yang menganggu fikiran

Setelah segalanya reda, ambillah masa untuk bertanya kepada pasanganmu mengenai punca kemarahan. Komunikasi adalah penting! Dengarlah segala luahannya tanpa membantah.

Foto – Evolve

Mendengar adalah kunci utama dalam berkomunikasi. Jadilah pendengar yang baik. Pasti si dia akan berasa lega setelah meluahkan segala perasaan yang terbuku di hati.

Api amarah jangan dibalas dengan api

Api dibalas dengan api sudah pasti membara jadinya! Walau bagaimana marah sekali pun si dia, janganlah dibalas dengan perasaan marah. Perkara terbaik yang patut dilakukan adalah sabar, sabar dan sabar.

Foto – PureWow

Itulah perkara penting dalam membina perhubungan yang abadi. Percayalah, jika si dia melihat kamu bersabar dengan kerenahnya, pasti hatinya akan jadi lembut walaupun sedikit.

Layan dengan baik

Perasaan sejuk akan timbul sekiranya melayan pasanganmu dengan baik. Tunjukkan rasa prihatin dan kasih sayang terhadapnya. Pelbagai perkara non-verbal boleh dilakukan untuk memujuk hati si dia.

Foto – Thought

Antaranya, hiburkan hatinya dengan lawak jenaka atau sesuatu perkara romantis yang boleh mengembalikan senyumannya.

Semoga tips di atas membantu kamu dan pasangan menjalani perhubungan yang sihat dan lebih bahagia.

Selamat beramal!

Tags: cinta perhubungankawal marahmarahpasangan bercintapasangan tengah marah
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Pinterest
Cinta & Perhubungan

“Meluat Gila!”- Senarai Perangai Lelaki Yang Wanita Paling Tak Suka

by Opie Azizlan
January 5, 2022
0

Kaum Hawa memang nampak mudah untuk bergaul dan sukakan seseorang. Tetapi percaya tak kalau Wanista kata kaum Hawa sebenarnya sangat...

Baca Lagi
Foto - @nurul.zahid  / @mahadibz (IG)
Cinta & Perhubungan

“Akhirnya, Lengkap Tulang Rusuk Kiri”- Rupanya Begini Kisah Cinta Datin Sri Heliza Helmi & Suami

by Opie Azizlan
January 4, 2022
0

Baraka Allahu lakuma wa baraka 'alaykuma wa jama'a baynakuma fi khayr. Dalam diam penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi telah...

Baca Lagi
Foto - @anieshashim (TikTok)
Cinta & Perhubungan

“From This, To This”- Tak Kisah Beza 11 Tahun, Pemuda Merisik & Jadikan Cikgu Sendiri Sebagai Isteri

by Opie Azizlan
January 4, 2022
0

"Cikgu kata jangan couple, bukan couple dengan cikgu. Hahahaha" - netizen. Siapa sangka hubungan yang dahulunya bermula sebagai seorang pelajar...

Baca Lagi
Foto - Showbiz
Cinta & Perhubungan

Jarang Pamer Kemesraan, Netizen Puji Foto Kate Middleton & Putera William Ini. Romantik Tau!

by IamLisa
January 3, 2022
0

Nampaknya tahun baru ini pasangan diraja Britain, Kate Middleton dan Putera William mencuri perhatian warga net. Apa tidaknya pasangan ini...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.