Berpakaian kemas telah terbukti mempunyai keupayaan untuk meningkatkan mood dan keyakinan secara keseluruhan.
Manakala meninggalkan rumah dalam keadaan yang tidak terurus seperti baju tidak digosok, rambut kusut masai, wajah pucat lesu, semua ini akan menyebabkan mood tidak tenteram sepanjang hari. Jadi, nothing feels better than looking good!
Tapi, kalau anda tidak mempunyai masa yang cukup, bagaimana pula? Nak uruskan suami dan anak-anak lagi, sediakan sarapan, kira macam-macam hal mahu dibuat setiap pagi. Tiru cara Wanista!
1. Marilyn Monroe mengamalkan dan menggunakan sarung bantal satin atau sutera untuk memelihara kecantikan rambut dan kulit.
- Foto – DailyMail
Fabrik seperti satin dan sutera mengelakkan kulit kepala daripada berpeluh dan kelembutan fabrik ini mengurangkan geseran pada rambut yang boleh mengurangkan kekusutan apabila anda bangun dari tidur.
2. Untuk rambut berombak manja, cara pertama adalah dengan menoncang rambut sebelum tidur. Bahagikan rambut kepada beberapa bahagian untuk ditocang.
- Foto – Pinterest
Cara kedua adalah dengan menyanggul tinggi rambut anda. Lakukannya ketika berbaring untuk mendapat rambut yang beralun di bahagian bawah sahaja.
3. Untuk rambut lembut, cara pertama ialah basuh rambut anda dan keringkannya sebanyak 30 peratus dan tidur. Cara kedua adalah mengikat tinggi rambut ketika tidur dengan getah yang lembut.
- Foto – Pinterest
4. Bagi yang berambut kerinting, balutkan rambut anda dengan tuala dan tidur dengannya.
- Foto – Pinterest
Cara seterusnya adalah dengan menyapukan leave-in conditioner dan sanggulkan rambut anda. Pasti keesokan hari rambut keriting anda itu tampil lebih terletak, terurus dan lembut.
5. Tapi kalau masih tak sempat nak lakukan semua ini di malam hari, cuba guna syampu kering untuk rambut bersih walau tak mandi. Hasilnya, anda kelihatan seperti sudah membasuh mandi dan bersih.
- Foto – Pinterest
Jadi, esok pagi tak perlu kelam-kabut lagi.
Jom kita cantik sama-sama!