Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Cinta & Perhubungan

6 Kesilapan Utama Ketika Melakukan Hubungan Intim

by IamLisa
October 17, 2020
6
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Hubungan asmara pastinya indah dengan pelukan, sentuhan dan pujukan mesra dari pasangan. Namun ada ketikanya berlaku kesilapan ketika bersama pasangan secara tiba-tiba dan anda juga tak tahu apa puncanya.

Berikut adalah beberapa perkara yang tak patut berlaku semasa sedang berasmara.

Tiupan ghairah bukan seperti meniup belon

Foto – Today

Tiupan di bahagian telinga boleh membangkitkan rasa ghairah pasangan tapi janganlah dibuat secara terlampau. Dari seronok dengan adegan yang dirancang bersama, tiba-tiba mood terganggu dengan angin yang menyakitkan telinga.

Asmara yang tiada cumbuan

Mengikut kajian, lebih 79% lelaki di Malaysia gemar melakukan hubungan asmara dan seksual secara spontan, iaitu seks yang dilakukan dengan cara yang cepat tanpa adegan pemanasan dan sebagainya.

Foto – More

Tak boleh begitu. Kebanyakkan isteri sentiasa mengharapkan suami mencumbui dirinya biarpun hanya dibibir. Oleh itu peruntukkan sedikit masa bagi melakukan aksi sebegini.

Bersikap terburu-buru

Foto – Freepik

Usah terlalu gelojoh ketika membuka pakaian isteri. Sekalipun tak sabar ke aksi seterusnya tetapi fikirlah bahawa pasangan tidak gemar diperlakukan dengan kasar. Belajarlah untuk membuka pakaian dengan perlahan dan teratur.

Gangguan dari kesan cukuran di wajah suami

Sebelum bersama dengan pasangan, periksa diri dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Pastikan kebersihan berada di tahap yang paling maksimum sekalipun di bahagian wajah yang telah siap dicukur.

Foto – Caunseling

Selalunya kesan selepas bercukur membuatkan kulit di sekitar wajah sedikit tajam. Tidak selesa bagi seorang isteri untuk mengusap atau mencumbui bahagian tersebut. Prihatinlah apabila isteri kerap kali memalingkan kepalanya apabila wajah anda menyentuh bahagian pipinya.

Berhenti rehat apabila pemanasan sedang rancak

Jangan sekali-kali berhenti rehat apabila ‘pemanasan’ sedang berlangsung dengan baik. Ingat bahawa tubuh isteri perlu disentuh dan dibelai selalu agar perasaan ghairah dan berahi tidak menurun.

Foto – Medical News Today

Jika tidak, sukarlah bagi anda untuk mendapat momen itu kembali. Teruskan ransangan sehingga isteri betul-betul bersedia untuk beraksi ke acara kemuncak.

Hanya sensitif kepada vagina dan payudara

Kebanyakkan suami mudah hilang arah ketika berasmara. Sangka mereka, isteri hanya sensitif di dua bahagian sahaja iaitu payudara dan vagina.

Foto – Insider

Ini menyebabkan hanya kawasan tersebut sahaja yang menjadi titik tumpu para suami. Sebenarnya seluruh tubuh isteri memerlukan belaian anda. Mungkin di kawasan tengkuk, perut, peha yang membuatkan isteri lebih ghairah.

Selamat Beramal!

Tags: cintacinta perhubunganhubungan suami isterikesalahan cintakesilapan asmarakesilapan hubungan seksualmasalah suami isterisuami isteritips asmaratips hubungan intimtips seksual
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Pinterest
Cinta & Perhubungan

“Meluat Gila!”- Senarai Perangai Lelaki Yang Wanita Paling Tak Suka

by Opie Azizlan
January 5, 2022
0

Kaum Hawa memang nampak mudah untuk bergaul dan sukakan seseorang. Tetapi percaya tak kalau Wanista kata kaum Hawa sebenarnya sangat...

Baca Lagi
Foto - @nurul.zahid  / @mahadibz (IG)
Cinta & Perhubungan

“Akhirnya, Lengkap Tulang Rusuk Kiri”- Rupanya Begini Kisah Cinta Datin Sri Heliza Helmi & Suami

by Opie Azizlan
January 4, 2022
0

Baraka Allahu lakuma wa baraka 'alaykuma wa jama'a baynakuma fi khayr. Dalam diam penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi telah...

Baca Lagi
Foto - @anieshashim (TikTok)
Cinta & Perhubungan

“From This, To This”- Tak Kisah Beza 11 Tahun, Pemuda Merisik & Jadikan Cikgu Sendiri Sebagai Isteri

by Opie Azizlan
January 4, 2022
0

"Cikgu kata jangan couple, bukan couple dengan cikgu. Hahahaha" - netizen. Siapa sangka hubungan yang dahulunya bermula sebagai seorang pelajar...

Baca Lagi
Foto - Showbiz
Cinta & Perhubungan

Jarang Pamer Kemesraan, Netizen Puji Foto Kate Middleton & Putera William Ini. Romantik Tau!

by IamLisa
January 3, 2022
0

Nampaknya tahun baru ini pasangan diraja Britain, Kate Middleton dan Putera William mencuri perhatian warga net. Apa tidaknya pasangan ini...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.