Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result

5 Habit Buruk Di Pejabat Anda Perlu Hentikan Sekarang!

by IamLisa
October 19, 2020
Foto - Yahoo

Foto - Yahoo

5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Berapa ramai yang setiap kali tiba waktu makan tengahari, anda selesa makan di meja dan langsung tidak keluar?

Atau hanya duduk di meja sepanjang waktu bekerja, langsung tidak bergerak atau keluar menghirup udara segar?

Anda ada masalah dan perlu hentikan habit ringan tersebut, kalau tidak mahu memudaratkan kesihatan kelak.

Tidak mendapat nutrisi yang baik

Nutrisi yang baik amat penting untuk memastikan anda fokus dan boleh menumpukan sepenuh perhatian ketika bekerja.

Foto – Health

Sukar untuk anda menghasilkan kerja yang produktif dalam perut yang lapar atau makanan yang tidak seimbang atau berkhasiat. Jadi sebelum mula bekerja, ambil sarapan pagi dahulu.

Duduk terlalu lama

Ini tabiat buruk yang paling lazim dilakukan. Namun kajian menunjukkan bahawa tabiat ini akan membawa kepada banyak masalah kesihatan seperri obesiti, diabetis, penyakit jantung dan kematian lebih awal.

Foto – The Conversation

Satu kajian dari Australia mendapati, individu yang duduk melebihi 11 jam sehari, mempunyai potensi untuk mati lebih awal 40% lebih tinggi berbanding individu yang duduk kurang daripada 4 jam.

Jadi jangan malas untuk bangun selang satu jam. Anda juga boleh berjalan mengelilingi pejabat atau datang berbual sebentar dengan rakan sekerja di mejanya.

Postur badan yang salah

Jika anda duduk di meja terlalu lama, anda akan lebih berpotensi untuk duduk membongkok atau duduk dalam postur badan yang salah. Tabiat ini akan mendorong kepada sakit belakang dan leher. Jadi, duduk dengan tegak, selaraskan telinga, bahu, dan pinggul anda dalam kedudukan menegak.

Foto – Upright

Waspada apabila anda mengubah posisi duduk, misalnya duduk secara tidak seimbang apabila bersilang kaki. Lakukan sedikit regangan selang satu jam.

Makan tengah hari di meja

Foto – Digest

Manfaatkan waktu makan tengah hari yang diperuntukkan kepada anda. Pada waktu ini, bolehlah anda menikmati sedikit udara, cahaya matahari dan merehatkan badan dan mata sebentar. Seperkara lagi, jangan gopoh untuk makan, ambil masa anda dan kunyah makanan sebaiknya.

Tidak minum air secukupnya

85% daripada kandungan otak adalah meliputi air dan bekalan air yang berterusan diperlukan dalam menjana semua organ, otot, kulit dan darah untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan air dalam badan akan memberi kesan kepada tekanan darah konsentrasi dan ingatan jangka pendek.

Foto – Taste of Home

Jadi cuba amalkan minum air atau teh herba sepanjang hari. Untuk menggalakkan amalan ini, letak 1 jag atau botol air berdekatan dengan meja anda.

Selamat Beramal!

Tags: habit di pejabatofficepejabatrutin pejabattabiat di pejabattabiat pejabattabiat pejabat yang tidak sihat
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Pinterest
Fesyen

Suka Gaya Jalanan Hailey Bieber, Item Ini Kamu Kena Ada

by IamLisa
May 25, 2022
0

Siapa sukakan stail jalanan Hailey Bieber? Becauce, we are! Kali ini penulis ingin fokus pada fesyen Hailey Bieber yang banyak...

Baca Lagi
Foto - The Taaras Beach & Spa Resort
Gaya Hidup

Resort Pantai Di Malaysia Ini Jadi Idaman Pasangan Romantik!

by Sofie Azizlan
May 25, 2022
0

Cuba bayangkan bangun tidur bersama tersayang sambil melihat pemandangan luar bilik; laut biru terbentang luas, jernih dan sangat tenang. Romantik...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Kecantikan

Ahli Dermatologi Kata Jangan Guna Produk Ini Pada Waktu Panas Terik

by Sofie Azizlan
May 25, 2022
0

Pasti di kalangan kita ada yang tidak tahu bahawa beberapa produk skincare sebenarnya tak sesuai dipakai dalam sesetengah keadaan cuaca....

Baca Lagi
Foto - Western Australia
Gaya Hidup

Western Australia Mengalukan Rakyat Malaysia Untuk Kembali Mengembara

by IamLisa
May 25, 2022
0

Mulakan pengembaraan di Australia Barat, dengan tarikan dan aktiviti baru menanti kamu yang lebih menghiburkan.! Nampaknya makin banyak negara yang...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.