Teruja bakal menimang cahaya mata, ibu mengandung yang bakal melahirkan mungkin akan terlepas pandang membuat persediaan untuk diri sendiri dalam menyediakan beg pakaian mereka untuk dibawa ke hospital.
Kami kongsikan 12 barangan “kecil-kecil” yang penting dan anda perlukan ketika menunggu saat kelahiran si kecil nanti.
Dressing gown yang selesa
Ini pakaian yang mudah dan tak banyak karenah anda boleh sarungkan mungkin untuk berjalan dalam koridor hospital.
Selipar mudah sarung
Bawa sepasang selipar yang mudah disarungkan tanpa perlu membongkok. Pastikan tapaknya tidak licin juga.
Stokin tebal
Penghawa dingin di hospital mungkin akan buat anda kesejukan ketika bermalam di hospital. Jadi jangan lupa bawa sekurang sepasang stokin tebal.
Baju tidur dan T-shirt
Tidak perlu bawa baju baru. Saat-saat begini yang penting anda selesa. Bawa sahaja baju tidur dan t shirt yang anda sudah biasa dan selesa pakai.
Minyak urut dan losyen
Urutan boleh mengurangkan sakit belakang yang selalu dialami wanita dalam situasi ini.
Birth ball
Menggunakan birt ball akan membantu anda mempraktiskan beberapa posisi yang berbeza yang membantu anda bersalin dengan lebih efektif dan memendekkan masa anda berada dalam bilik bersalin.
Lip balm
Berada dalam bilik hawa dingin dan mungkin kekurangan air dalam badan akan membuat bibir anda kering dan tentu anda tak selesa dengan keadaan seperti itu.
Snek dan minuman
Bawa snek berkhasiat seperti buah-buahan dan minuman yang memberi tenaga seperti minuman isotonik atau glukosa.
Buku/Majalah
Bahan-bahan seperti ini akan membantu mengalihkan perhatian anda sebantar. Jadi anda akan kurang berasa gementar sementara menunggu kelahiran.
Getah/Sepit rambut
Rambut terkena muka juga akan membuatkan anda rimas. Tambahan pula kebanyakan wanita yang sedang melahirkan akan berpeluh kuat.
Bantal
Hospital mungkin tidak menyediakan bantal yang cukup untuk buat anda rasa selesa. Bawa bantal bentuk V untuk memudahkan penyusuan badan.
Selamat Beramal!