Penulis boleh jadi ‘gila’ kalau masuk ke dalam kedai-kedai kasut dan melihat pelbagai jenis high heels yang dijual. Semuanya comel dan cantik belaka.
High heels ini boleh berubah dari segi gaya, bentuk dan warna dari tahun ke tahun. Hanya beberapa design sahaja akan dikekalkan disebabkan oleh permintaan yang tinggi daripada pelanggan.
Bercakap tentang high heels, pada asalnya ia dibuat dan direka untuk lelaki. Dahulu setelah bertahun-tahun lamanya, high heels ini hanya direka dan dipakai khas untuk beberapa golongan lelaki sahaja sebelum dipakai secara meluas dalam golongan wanita.
Kamu tahu siapakah mereka?
Dipakai Buat Pertama Kali
Pada abad ke-10, golongan lelaki yang pertama memakai high heels adalah askar pasukan berkuda. Pemakaian high heels ini bertujuan untuk bantu mereka rasa lebih secure ketika memijak di stirrup.
Sejak daripada itu, pemakaian high heels membawa pelbagai makna budaya seperti lambang kedudukan sosial yang tinggi, kehebatan ketenteraan, rasa bergaya dan ketinggian yang sesuai untuk dipakai.
Sebagai Mod Pembunuhan
Jika golongan askar memakai high heels, secara automatik ia mengubah mereka untuk berada dalam mod untuk membunuh.
Selain membantu askar berpasukan kuda, ia juga membantu pasukan memanah ketika dalam peperangan. Ini kerana pemakaian high heels dalam peperangan membolehkan mereka berasa stabil berdiri dan tembak tepat ketika melepaskan anak panah mereka terhadap musuh.
Simbol Kuasa
Menjelang abad ke-17, pemakaian high heels ini memberi simbol kuasa dan kekayaan dalam kalangan lelaki. Bagi askar pasukan berkuda, ketinggian tumit yang dipakai oleh mereka hanya setinggi 1 inci.
Kalau seperti zaman sekarang ada high heels yang mempunyai ketinggian sebanyak 3 ke 4 inci, dan cuba bayangkan jika askar pada abad tersebut memakai ketinggian sebanyak itu, boleh tersangkut dan jatuh daripada kuda.
Pemakaian high heels pada ketika itu menandakan seseorang itu mempunyai wang yang banyak dan kekuatan, manakala memiliki kuda menunjukkan simbol kekayaan yang abadi.
Menjadi Era Fesyen
Abad ke-17, era fesyen lelaki pada ketika ini berfokuskan pada bahagian kaki iaitu high heels, tight, stokin berwarna, koleksi britches yang menonjolkan betis dan paha.
Pada masa yang sama, rombongan ketenteraan telah dihantar oleh Raja Persia untuk jalinkan hubungan dengan pemimpin asing di Rusia, Jerman dan Sepanyol.
Tujuan hubungan ini adalah untuk memperkenalkan high heels sebagai fesyen dalam kalangan lelaki dan percubaan untuk menembusi pasaran asing.
Disebabkan keunikan high heels, beberapa golongan bangsawan di Eropah telah menjadikan high heels sebagai simbol kejantanan dan kehebatan ketenteraan mereka.
‘King Of The Heels’
Paling popular dalam sejarah high heels dalam kalangan lelaki, King Louis XIV (raja Perancis) atau digelar sebagai Sun King telah mengeluarkan undang-undang Louis.
“Semakin tinggi dan merah tumit high heels seseorang itu, si pemakai akan menjadi makin berkuasa,” ujar King Louis XIV
Tetapi pada tahun 1670, King Louis XIV telah mengeluarkan kenyataan bahawa pemakaian high heels hanya dibenarkan kepada golongan bangsawan sahaja.
Tumit berwarna merah menunjukkan seseorang itu terlalu kaya sehinggakan tiada masa untuk kotorkan kasut mereka.
Kalau kamu ada melihat sesiapa yang memakai high heels pada zaman ini, kamu perlu tahu mereka dapat memakainya sekiranya King Louis XIV benarkan.
Apabila zaman sudah berubah, pemakaian high heels masih lagi dipakai dalam kalangan lelaki walaupun ia tidak digunakan secara meluas seperti dalam golongan wanita seperti zaman sekarang.