Pereka fesyen yang cukup ikonik dalam industri fesyen dunia kini didakwa pernah melakukan gangguan seksual pada beberapa orang model.
Hal ini tercetus apabila seorang model bernama Owen Mooney, menceritakan pengalamannya dicabul oleh pereka fesyen berkenaan menerusi perkongsi video di TikTok.
https://www.youtube.com/watch?v=fwIlEq7URAs
Didakwa Mencabul Model
Ekoran video yang tular itu membuatkan ramai orang berasa terkejut dan tidak lama selepas video pengalaman Owen Mooney menjadi viral, ramai model lain yang pernah mengalami pengalaman yang sama mula bersuara di media sosial.
Rupanya bukan Owen saja yang pernah dicabul oleh pereka fesyen terkenal dunia ini, banyak juga model-model lain yang pernah menerima nasib yang sama.
Kompilasi Kisah Mangsa Yang Pernah Dicabul Alexander Wang
- Foto – Instagram Alex Wang Ny
Melihat kisah Owen yang mula mendapat perhatian ramai, ramai model mula berkongsi pengalaman pahit mereka menerusi mesej yang dihantar kepada Diet Prada, Shit Model Management dan Model Alliance di Instagram.
Ini antara kompilasi mangsa gangguan seksual, yang tampil berkongsi kisah pahit dicabul oleh pereka terkenal dunia.
Owen Mooney
Dalam video Owen Mooney, dirinya menyatakan Alexander telah meraba kaki dan zakar semasa mereka berada di kelab malam pada tahun 2017.
Kompilasi Kisah Model Lain (Mangsa Adalah Model Lelaki & Transgender)
Manakala dalam perkongsian mangsa lain yang dipaparkan dalam Instagram Shit Model Management, berkongsi beberapa kisah model lelaki dan transgender yang pernah mengalami nasib yang sama atau lebih teruk dari owen.
- Foto – Instagram Shit Model Management
- Foto – Instagram Shit Model Management
- Foto – Instagram Shit Model Management
- Foto – Instagram Shit Model Management
- Foto – Instagram Shit Model Management
Bukan Setakat Cabul Biasa, Ini Modus Operandinya
- Foto – Instagram Alex Wang Ny
Berdasarkan perkongsian kisah mangsa yang dipaparkan di Instagram Shit Model Management, boleh dikatakan modus operandi yang dilakukan oleh pereka fesyen ini kepada mangsanya adalah sama seperti:
- Pertama memberi minum air ‘Molly’ yang merupakan dadah jenis Ecstacy.
- Kedua mengajak mangsa melakukan seks, mangsa menolak dan mula memaksa mangsa minum air minuman keras hingga mabuk.
- Ketiga bawa mangsa pulang ke rumah atau bilik hotel dan merogol mangsa yang sedang mabuk dan tidak sedarkan diri.
Alexander Wang ‘Senyap’ Tidak Memberi Ulasan
- Foto – Instagram Alex Wang Ny
Kini banyak berita antarabangsa dan platform media sosial yang tag akaun Alexander di Instagram dan Twitter, menanti maklum balas mengenai kontroversi yang melanda dirinya itu.
Pereka fesyen terkenal ini memilih untuk berdiam diri dan ‘senyap’, tanpa memberi sebarang respond atau penjelasan atas apa yang berlaku.
Isu panas ini sedang hangat diperkatakan disemua platform di luar negara dan kini tersebar di platform tempatan, sama-sama kita nantikan di mana pengakhiran kontroversi ini nanti.