Sebut sahaja nama Anwar Hadid, pasti ramai yang tahu model ini merupakan teman lelaki kepada Dua Lipa dan saudara lelaki kepada model terkenal iaitu Gigi dan Bella Hadid.
Baru-baru ini, Anwar telah dikecam oleh para pengikutnya di Instagram setelah dia mengejutkan orang ramai tentang vaksin COVID-19 menerusi sesi Q&A.
Anwar dikatakan tidak akan mengambil sebarang vaksin COVID-19 walaupun dia menghidapi penyakit Lyme.
Apabila pengikutnya bertanya kenapa Anwar menjadi antivaksin, dia telah mengatakan badannya akan mendapatkan antibodi secara semula jadi berbanding dengan mengambil vaksin untuk membantunya.
“Sama ada saya mengambilnya atau tidak, Tuhan pasti boleh menyembuhkan saya daripada penyakit ini dan badan saya akan memperolehi antibodi daripada proses yang sepatutnya (semula jadi.
Kita dicipta oleh Tuhan dan badan kita boleh lakukan lebih daripada apa yang kita fikirkan,” ujar Anwar.
Lain daripada apa yang difikirkan oleh Anwar, pesakit COVID-19 mempunyai risiko yang tinggi, tidak dapat diramalkan dan malah boleh mengancam nyawa.
Dan bagi mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah, ia tidak boleh menjamin kekebalan badan dalam jangka masa yang panjang.
Seperti Anwar, Yolanda iaitu ibunya dan kakaknya, Bella turut didiagnosis dengan penyakit yang sama pada tahun 2012. Gejala bagi mereka yang menghidapi COVID-19 boleh dikatakan sama dengan gejala yang dihidapi oleh penyakit Lyme.
Dikecam Pengguna Media Sosial
Setelah ramai yang melihat Instagram’s story Anwar berkaitan dengan vaksin COVID-19, rata-rata pengguna media sosial telah menyuarakan pendapat mereka.
https://twitter.com/IsntDaveOne/status/1342962554377818113?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1342962554377818113%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.insider.com%2Fanwar-hadid-says-he-wont-take-the-covid-19-vaccine-2020-12
imagine being as privileged as Anwar hadid to say “I’d rather just catch the virus and get the antibodies than get the vaccine” IMAGINE THE PRIVLEGE
— mia (@milfzen) December 28, 2020
Ada yang mengatakan maklumat salah daripada Anwar boleh mempengaruhi orang ramai melalui platform dan gelarannya.
Anwar Hadid. Stop. Can we stop celebrities with huge platforms from spreading misinformation about vaccines? It’s just so irresponsible
— 🇵🇸 stargirl T (@_tanzim_) December 27, 2020
Tolak Dakwaan Antivaksin
Setelah dikecam oleh orang ramai, Anwar telah tampil memberi penjelasan dan menolak dakwaan mengenai ‘Antivaksin’.
Sebelum dipadam melalui Instagram miliknya, Anwar mengatakan dirinya bukan seorang antivaksin.
“Setiap orang perlu berhati-hati dengan setiap vaksin yang diterima dan melihat kesannya secara individu sama ada negatif atau positif.
Sebelum ini, saya telah mengambil vaksin tetapi sebagai seorang individu yang mengalami gangguan sistem imun, saya ingin belajar tentang cara untuk menlindungi diri saya dan orang lain,” ujarnya.
Anwar turut menyatakan dia tidak bermaksud untuk menyinggung mana-mana pihak dan dirinya sangat berterima kasih kepada frontliners yang telah bekerja keras untuk menangani wabak COVID-19.