Drama Korea ‘The Penthouse: War In Life’ yang baru ditayangkan pada 26 Oktober 2020 lalu kini mendapat tempat di hati penonton setia drama Korea.
Selepas fenomena drama ‘The World Of Married’, kini drama ‘The Penthouse: War In Life’ pula memberi fenomena luar biasa dengan menyajikan banyak plot dramatik yang menyesakkan jiwa!
Rata-rata ramai yang menonton drama ‘The Penthouse’ ini, memberi respond yang cukup hebat selepas menonton setiap episod yang ditayangkan oleh drama terbaru SBS ini.
Ini antara sebab mengapa ramai yang jatuh cinta dengan drama Korea ‘The Penthouse: War In Life’.
Permulaan Episod Yang Penuh Dramatik
Seperti drama ‘The World Of The Married’ yang bermula dengan konflik, ‘The Penthouse’ ini juga membuka tirainya dengan konflik dan plot yang penuh dengan dramatik.
Awal episod lagi drama ini telah menayangkan babak pembunuhan yang berlaku di Hera Palace, permulaan yang penuh misteri dan tanda tanya.
Susunan Plot Setiap Episod Yang Kemas Dan Menyentuh Emosi
Bagi yang mengikuti drama ini dari episode satu hingga episod episod terbaru ini iaitu episod 17, pastinya mengetahui setiap episod menghubungkan setiap plot-plot drama.
Dari babak pembunuhan, babak misteri kelahiran anak, babak suami/isteri curang, babak mencari kebenaran pembunuhan dan plot seterusnya, disusun cantik oleh penulis skrip drama ini.
Setiap babak dan plot yang dimainkan saling berkait dan menyentuh aspek emosi serta psikologi ini, membuatkan penonton tidak puas menanti jalan cerita yang seterusnya.
Mainan Psikologi Yang Mendalam
Drama ‘The Penthouse: War In Life’ ini memaparkan drama bergenre kekeluarga, suspen, thriller, misteri dan balas dendam.
IKLAN
Boleh dikatakan setiap episod yang dimainkan oleh penghuni di Hera Palace ini, menampilkan semua unsur genre ini kepada penonton dan hasilnya kesan mainan psikologi mula membaham penonton dengan jalan cerita yang penuh kompleks.
Drama Yang Penuh Rencah Kehidupan
Drama yang memberi fokus mengenai suasan kehidupan golongan sosialit di Korea ini memberikan gambaran bahawa setiap yang indah dimata umum, belum tentu ianya indah dimata yang memilikinya.
Ragam dan konflik setiap penghuni di Hera Palace ini memaparkan rencah kehidupan yang berwarna-warni, dan masing-masing mempunyai rahsia tersendiri.
Hasil Tangan Penulis Kim Soon Ok
Ramai yang telah menonton kisah penuh komplik dan dramatik ini mula menyiasat siapakah gerangan penulis skrip drama yang penuh plot twist ini, dan rata-rata ramai yang terkejut kerana ia hasil tangan penulis Kim Sook Ok.
Bagi yang kurang tahu, penulis ini jugalah yang menulis skrip bagi drama fenomena ‘Temptation Of Wife’ yang pernah ditayangkan stesen kaca televisyen Korea pada tahun 2008 hingga 2009 dengan jumlah episod sebanyak 129 episod.
Penulis Kim Soon Ok sangat dikenali dengan hasil karyanya yang penuh konflik, suspen, emosi, psikologi dan thrill, jadi tidak hairanlah drama yang satu ini juga memberi kesan yang sama.
Gandingan Para Pelakon Yang Berbakat
- Foto – Arkib Wanista
Jalan cerita yang hebat ini berjaya dimainkan oleh barisan pelakon yang berbakat seperti Lee Ji Ah, Eugene, Uhm Ki Joon, Kim So Yun dan ramai lagi.
Chemistry antara barisan pelakon memang tidak dapat dinafikan lagi, setiap emosi, dialog dan gerak-geri yang ditunjukan dalam drama membuatkan mata penonton tidak berkelip melihatnya.
Tak sabar pula nak menanti bagaimanalah episod terakhir drama ‘The Penthouse: War In Life’ ini, dan media Korea telah memberitahu bahawa drama ini akan ada sekuel kedua dan ketiga sama-sama kita nantikan sekuel ini akan datang.