“Dah kenapa pula tiba-tiba mimpi dia, buat orang fikir bukan-bukan pula bila mimpi crush lama ini.”
Siapa pernah alami situasi diatas? Jangan segan, rasanya tidak kira lelaki ataupun wanita pasti pernah termimpi crush lama dalam diam bukan.
Tapi apa maksud disebalik mimpi ini, adakah ia sebenarnya memberi mesej tersirat atau mungkinkah ia cuma mainan tidur semata?
Ingin mengetahui jawapannya, jom ikuti kupasannya di bawah.
Petanda Pintu Emosi Terbuka Kembali
- Foto – Wiki How
Mimpi crush lama boleh berlaku jika kamu terjumpa dengan crush secara tidak sengaja, dan lalu membangkitkan kenangan lama kamu hingga terbawa-bawa ke alam mimpi.
Memori lama yang terkunci rapi dalam hati, kini terbuka dan menyebabkan kamu merasa perubahan emosi sewaktu muda dahulu.
Rindu Pada Masa Lalu
- Foto – Freepik
Bermimpi crush lama juga boleh berlaku jika dalam hati dan minda luar sedar kamu sebenarnya merindui masa lalu, dan kemudian mempengaruhi fikiran hingga terjadinya mimpi kenangan silam.
Ingin Menjalinkan Hubungan Dengan Crush
- Foto – The Indian Express
Mungkin pertemuan kamu dan si dia baru-baru ini membuatkan kamu diulit mimpi, apatah lagi mengetahui perkhabaran bahawa crush kamu masih atau telah solo.
Dan mungkin mimpi yang kamu alami ini sebenarnya, menggambarkan hasrat hati kamu yang ingin menjalinkan hubungan dengan crush hati.
Mungkin Sekadar Angin Lalu
- Foto – Wiki How
Bak kata orang mimpikan seseorang seperti crush boleh jadi ianya hanya mainan tidur semata-mata, jadi tidak perlu terlalu ambil serius sangat.
Apatah lagi kamu kini mempunyai pasangan sendiri, antara mimpi dan realiti kamu pasti tahu yang mana lebih utama bukan anggap saja ia sekadar angin lalu.
Apa pun mimpi yang kamu alami jangan terlalu ambil berat sangat, tidak kira apa jua maksud mimpi jalani kehidupan dengan bijaksana.