Baru-baru ini tular mengenai isu kemunculan Covid-19 yang diklasifikasikan sebagai jenis varian, strain dan mutasi di dalam serta luar negara.
Hal ini menyebabkan orang ramai dari seluruh negara berasa gelisah dan resah, dengan kemunculan virus dalam kelas yang baharu ini.
Ramai yang membuat andaian dan telahan maksud terma virus varian, strain dan mutasi ini di pelbagai platform media sosial, yang kemudiannya membuatkan orang ramai salah anggap atau keliru mengenai penemuan klasifikasi virus terbaru ini.
Ini yang perlu orang ramai ketahui mengenai terma varian, strain dan juga mutasi agar tiada lagi yang keliru dan menyebarkan informasi yang tidak benar.
Mutasi
- Foto – GP Online
Dipetik dari Astro Awani, Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Malina Osman memberi penjelasan mengenai apa yang dimaksudkan dengan mutasi.
Beliau menyatakan bahawa istilah mutasi boleh diertikan sebagai, perubahan struktur permukaan bagi sesuatu virus yang berlaku dari semasa ke semasa.
Strain
- Foto – MYKMU
Manakala terma strain pula bermaksud ianya terhasil apabila virus secara semula jadi mengalami perubahan pada permukaan dan struktur genetik.
Atau lebih tepat lagi ia dimaksudkan virus juga mempunyai ciri-ciri yang tertentu, dan mengalami perubahan yang mana perubahan yang terjadi itu diklasifikasikan sebagai strain.
Varian
- Foto – Cidrap
Terma varian pula digambarkan apabila suatu bentuk berubah menjadi bentuk lain dari yang asal, seperti contoh jika kereta normal memiliki empat roda iaitu dua roda dibahagian depan dan dua roda lagi dibahagian belakang.
Manakala kalau varian pula boleh dilihat apabila satu roda berada didepan, dua roda ditengah dan satu roda dibelakang kereta.
- Foto – Science Focus
Melihat contoh roda kereta yang dinyatakan diatas, memberikan gambaran jelas bagaimana virus juga mempunyai struktur sedemikian.
Diharap orang ramai tidak panik dan yakin dengan pengendalian pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menangani virus kelas baru ini.