Sebut saja jenama beg tangan Hermes memang boleh terbeliak biji mata tatkala melihat harga pada beg tangan tersebut, apatah lagi beg ini juga melambangkan status seseorang itu dalam masyarakat dunia.
Tetapi selain beg tangan Hermes dikaitkan dengan lambang status dan kuasa, apa lagi yang membuatkan jenama Hermes ini begitu mahal sekali di dunia?
Ini antara sebab mengapa jenama Hermes merupakan beg tangan termahal dunia.
Tinggi Kualiti Bahan Semulajadi
- Foto – Instagram Hermes
Untuk pengetahuan semua Hermes menggunakan kulit haiwan asli dari burung unta, buaya, aligator, dan lembu bagi menghasilkan setiap beg tangannya.
Dan setiap kulit haiwan yang digunakan sangat bermutu dan berkualiti tinggi, bagi menghasilkan sebuah beg tangan yang eksklusif.
Kraftangan Artis Profesional
Tidak seperti kilang beg yang menghasilkan banyak beg tangan menggunakan mesin, tetapi tidak bagi beg tangan Hermes.
Setiap satu beg Hermes yang dihasilkan oleh seorang artis kraftangan Hermes dan artis kraftangan perlu menjadi pelatih kraftangan beg di Paris selama 10 tahun sebelum dibenarkan menghasilkan beg tangan Hermes.
Setiap Satu Beg Hermes Sangat Unik
Bukan itu saja, setiap beg tangan Hermes juga sangat unik dan mempunyai ciri serta kelainannya yang tersendiri, ini adalah kerana sebuah beg tangan Hermes hanya dihasilkan oleh seorang artis kraftangan sahaja.
Dan setiap rekaan dan jahitan tangan pada beg berkenaan, menonjolkan kreativiti serta sentuhan fesyen artis kraftangan beg tersebut. Jadi tidak hairanlah setiap satu beg Hermes tampil dengan keunikannya yang tersendiri.
Penggunaan Batu Permata Dan Besi Yang Berharga
Selain penggunaan kulit haiwan asli yang berkualiti dan bermutu tinggi, artis kraftangan Hermes juga menggunakan besi dan batu permata yang berkualiti tinggi pada setiap beg tangan yang dihasilkan.
Bukan itu saja, setiap batu permata dan besi yang digunakan pada beg tangan Hermes lebih mahal dari emas!
Ketahanan Yang Luar Biasa
Tidak seperti beg tangan kulit dari jenama lain yang mudah rosak, terkoyak dan reput dalam masa dua ke tiga tahun, beg tangan Hermes tidak menghadapi masalah seperti itu.
Kerana setiap beg Hermes yang dihasilkan menggunakan kulit haiwan yang berkualiti dan tahan layak, tambahan lagi dengan cara jahitan unggul membuatkan beg tangan Hermes miliki tinggi daya ketahanan.
Beg Tangan Edisi Terhad
Apa yang membuatkan jenama beg tangan Hermes lain dari yang lain adalah, penghasilan beg tangan yang terhad dan bermutu menjadikan beg tangan tersebut dijual dengan harga yang tinggi.
Dan setiap beg tangan Hermes hanya boleh dimiliki oleh golongan VIP dan VVIP sahaja, selain itu golongan elit dan kayaraya ini juga harus menanti dalam senarai untuk mendapatkan beg tangan Hermes ini.
Patutlah beg tangan Hermes semuanya mahal-mahal, dari pengumpulan dan penggunaan bahan, cara jahitan, dan artis kraftangan menyebabkan jenama ini mengeluarkan beg tangan termahal dunia.
Siapalah yang beruntung dapat beli beg tangan Hermes ini.