Pernah makan atau dengar nama tanghulu tak?
Mungkin bagi masyarakat Melayu dan India manisan ini kurang diketahui ramai, tetapi tidak bagi masyarakat Cina yang mana manisan ini adalah manisan kegemaran ramai orang Cina.
Tanghulu ini sebenarnya merupakan buah-buahan segar yang disalut dengan sirap gula yang dimasak, buah yang disaluti akan kelihatan seperti kristal buah berkilat!
Tanghulu Buah Rangup Dan Sedap

Bahan-bahan
- 200 gram gula
- 80 ml air
- Aneka buah-buahan (oren, strawberi, epal, anggur, ikut suka)
Cara memasak
- Mula-mula basuh buah-buahan dengan air bersih, kemudian lap buah-buahan menggunakan tisu dapur atau kain bersih. Buah dah kering, kamu boleh fokus untuk memasak air gula pula.
- Masukkan 200 gram gula dan 80 ml air ke dalam periuk.
- Masak gula menggunakan api sederhana dan perlahan selama 16 minit, atau sehingga gula larut dan bertukar warna menjadi kekuningan.
- Sedikit tips, ambil satu sudu kecil air gula tersebut dan titiskan dalam mangkuk berisi air sejuk, untuk melihat gula mengeras dan terbentuk.
- Air gula dah siap, tutup api dan kamu boleh celup buah-buahan dalam air gula tersebut. Untuk memudahkan kerja, pastikan setiap buah dicucuk dengan lidi dan salutkan buah dalam air gula secara sekata.
- Buah dah siap dicelup, rehatkan buah seketika dalam 10 minit dan selepas itu barulah kamu boleh makan!
- Foto – Pinterest
Serius terliur dengar bunyi gula rangup dipecahkan, apatah lagi merasanya bukan. Selepas ini kamu bolehlah mencuba membuat manisan ini untuk diri sendiri, ahli keluarga atau kawan-kawan.
Selamat mencuba♥