Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Jangan Terus Tidur Lepas ‘Bersama’, Ini Yang Kamu Perlu Buat

by Sofie Azizlan
December 22, 2020
Jangan Terus Tidur Lepas ‘Bersama’, Ini Yang Kamu Perlu Buat

Foto - Pinterest

140
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Selepas melakukan hubungan seks, kebanyakkan pasangan akan terus tidur tanpa membersihkan diri mereka.

Kalau kamu mahu tahu, jika tidak membersihkan diri selepas melakukan hubungan seks pelbagai bakteria dan penyakit boleh kamu dan pasangan dapat.

Tabiat ini perlu dielakkan dan diubah dengan segera jika kamu sering lakukan terutamanya untuk wanita kerana vagina kamu berisiko dijangkiti bakteria dan penyakit kelamin.

Jadi sebenarnya apa yang kamu patut lakukan selepas berhubungan seks?

Bahagian Alat Sulit

Bahagian alat sulit sama ada lelaki atau perempuan, kedua-duanya mengeluarkan cecair semula jadi seperti pelincir dan juga air mani. Jadi selepas berhubungan seks, alat sulit kamu masih lagi mengeluarkan cecair. Tetapi kamu tidak perlu tergesa-gesa bangun dan terus mandi.

Foto – Good Wipes

Kamu hanya boleh lap pada bahagian alat sulit menggunakan tuala basa atau tisu basah tanpa pewangi. Lap dengan lembut pada bahagian tersebut dan lakukan secara perlahan kerana ianya sensitif.

Untuk wanita, lap vagina kamu dari depan sehingga ke belakang kerana kalau kamu lakukan sebaliknya, bakteria dari bahagian belakang (punggung) boleh tersebar ke bahagian vagina. Jika kamu mahu rasa lagi bersih, kamu boleh basuh alat sulit menggunakan air suam tetapi hanya di bahagian luar sahaja.

Bahagian Pundi Kencing

Wajib untuk kamu kencing selepas melakukan hubungan seks. Ini kerana semasa melakukan hubungan seks, bakteria boleh memasuki saluran air kencing iaitu urethra.

Foto – Shape.com

Jadi apabila kamu kencing, ia akan mengeluarkan bakteria daripada saluran air kencing dan badan. Untuk golongan wanita, sangat penting untuk kamu kencing selepas berhubungan seks.

Ini kerana bakteria yang membiak di bahagian vagina atau usus besar yang dibawa melalui urethra akan menyebabkan kamu menghadapi penyakit kelamin. Walaupun kamu tidak pernah mempunyai penyakit kelamin, tetapi tidak salah untuk mengosongkan pundi kencing selepas bersama.

Mencuci Tangan

Untuk pengetahuan kamu, tangan merupakan salah satu organ badan manusia yang mempunyai jumlah kuman dan bakteria yang banyak. Lebih-lebih lagi apabila kamu berhubungan seks, sudah semestinya tangan kamu akan memegang badan pasangan.

Foto – Getty Images

Cara yang terbaik untuk membunuh bakteria dan kuman ini adalah melalui pencucian tangan yang betul dengan menggunakan sabun.

IKLAN

Kalau kamu mahu tahu, dengan mencuci tangan sahaja kamu boleh mengelakkan penularan jangkitan penyakit kelamin dan beberapa penyakit berbahaya. Jadi kamu perlu jadikan perkara ini sebagai rutin selepas berhubungan seks dengan pasangan.

Minum Air

Sememangnya penting untuk badan, minum air yang cukup dapat membuatkan badan kamu sentiasa terhidrasi. Jadi minum air yang secukupnya selepas bersama dengan pasangan dan ia juga memudahkan kamu untuk kencing.

Foto – Better Me

Lebih banyak air diminum, lebih banyak air kencing yang dibuang dan ia lebih baik untuk mengurangkan risiko bakteria membiak dalam pundi serta saluran kencing.

Jus Cranberry

Kamu tahu tentang pengambilan jus cranberry selepas berhubungan seks? Jus cranberry tanpa gula dan pil cranberry dapat menjadi salah satu alternatif dalam mengurangkan risiko untuk UTI (urinary tract infection).

Foto – Deposit Photo

Ini kerana jus cranberry yang berasid dapat mengubah pH air kencing kamu dan menjadikannya sebagai salah satu bahan yang dapat mencegah bakteria daripada  membiak dan menular dalam saluran air kencing.

Pakai Pakaian Longgar

Semasa berhubungan seks, kamu dan pasangan akan mengeluarkan peluh. Apabila peluh dikeluarkan ia akan berpindah ke tempat tidur mahupun pakaian. Tempat yang lembap dan panas ini sememangnya menjadi kesukaan bakteria dan yis.

Foto – She Knows

Untuk mengelakkan daripada ia berlaku, kamu boleh memakai pakaian yang longgar di mana pengaliran udara berlaku dan membenarkan kulit kamu bernafas. Elakkan daripada memakai lingerie atau pakaian yang ketat menyebabkan kulit kamu menjadi kerengsaan dan tidak selesa.

Pakaian yang sesuai dipakai oleh kamu dan pasangan adalah pakaian daripada material kapas. Atau mungkin lebih baik kamu tidur berbogel?

Jadi kamu sudah tahu apa yang perlu dilakukan selepas bersama dengan pasangan. Jadi selepas ini, amalkan beberapa langkah ini untuk mengelakkan kamu dan pasangan daripada terkena penyakit berjangkit atau penyakit kelamin.

Selamat beramal!

RUJUKAN: 1, 2, 3, 4, 5

Tags: hubungan seksperkara selepas hubungan seksperkara yang perlu lakukan selepas hubungan seksrutin selepas hubungan seksselepas hubungan seks
Share56SendShare

Artikel Berkaitan

Kesihatan

Sangat Bahaya! Pakar Gynaecology Dedah Ini Yang Akan Berlaku Kalau Pakai Panty Liner Setiap Hari

by Sofie Azizlan
January 4, 2022
0

Ada pakai panty liner? Pakai setiap hari tak? Kalau masih pakai panty liner dan pakai setiap hari, lebih baik hentikannya...

Baca Lagi
Minum Suplemen Berocca, Air Kencing Jadi Kuning. Ini Ahli Farmasi Jelaskan Sebab
Kesihatan

Minum Suplemen Berocca, Air Kencing Jadi Kuning. Ini Ahli Farmasi Jelaskan Sebab

by IamLisa
January 4, 2022
0

"Kenapa saya minum suplemen Berocca, air kencing jadi kuning?" Jika air kencing kamu bertukar menjadi kuning terang beberapa jam selepas...

Baca Lagi
“Confirm Gemuk Kalau Kerap Minum Air Sejuk”- Ini Penjelasan Pakar
Kesihatan

“Confirm Gemuk Kalau Kerap Minum Air Sejuk”- Ini Penjelasan Pakar

by Sofie Azizlan
January 3, 2022
0

Dengan cuaca yang panas-panas rembang di negara kita ini, paling best kalau boleh minum air sejuk. Hilang rasa haus dan...

Baca Lagi
Kenapa Ada Orang Minum Susu Sebelum Tidur? 4 Manfaat Ini Confirm Kamu Dapat
Kesihatan

Kenapa Ada Orang Minum Susu Sebelum Tidur? 4 Manfaat Ini Confirm Kamu Dapat

by IamLisa
January 3, 2022
0

Mesti kamu pernah nampak ada orang amalkan minum susu sebelum tidur. Bukan kanak-kanak sahaja, yang dewasa pun mengamalkan cara ini....

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    7 Tanda Toksin Penuh Dalam Badan

  2. 2

    Selain Prada & Fendi, Phone Bag Juga Jadi Ikutan Label Mewah

  3. 3

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

  4. 4

    Keajaiban Ayat ‘Laqod Jaa’kum’ Jika Jadi Amalan Harian

  5. 5

    Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia!

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.