Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Makanan

5 Keju ‘Mainland’ Semula Jadi Dari New Zealand Ini Paling Sedap

by IamLisa
December 21, 2020
Foto - Arkib Wanista

Foto - Arkib Wanista

6
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Keju sekarang tidak hanya untuk makanan barat.

Orang Malaysia semakin sofistikated dalam memilih keju yang sesuai sebagai ramuan memasak, daripada makanan kegemaran seperti piza, burger dan pasta hinggalah kepada makanan Asia seperti budae jjigae Korea, naan keju, dan pisang goreng keju.

Ramai mungkin tidak mengetahui bagaimana keju dapat membangkitkan selera, sama ada menikmati keju begitu sahaja atau digabungkan dengan makanan kegemaran seseorang.

Keju ‘Mainland’ Semula Jadi Dari New Zealand Tiba Di Malaysia

Mainland sebagai jenama keju terkemuka New Zealand telah membawa masuk keju yang melalui proses pembuatan semula jadi yang terbaik ke Malaysia!

Foto – Arkib Wanista

Keju Mainland boleh digunakan untuk memasak dan digandingkan dengan makanan lain, keju ini juga enak dinikmati dengan begitu sahaja disebabkan oleh rasanya yang segar dan enak.

Keadah Penghasilan Turun Temurun

Mainland berpegang pada falsafah “good things take time”, di mana menghargai kepakaran yang diwarisi dalam menghasilkan keju 100% semula jadi yang terbaik. Inilah sebabnya mereka masih mengekalkan kaedah menghasilkan keju selama lebih 65 tahun yang diwarisi turun temurun.

Foto – Arkib Wanista

Proses membuat keju yang bermula sejak zaman dahulu lagi melibatkan pengkulturan susu dengan jenis bakteria tertentu. Ini penting dalam memberikan rasa yang kompleks kepada keju yang dihasilkan oleh syarikat.

5 Keju Terbaik Dari Mainland

Kini rakyat Malaysia boleh menikmati pelbagai pilihan keju Mainland termasuk Vintage, Tasty, Colby, Gouda dan Edam.

Vintage – Cheddar premium yang dibiarkan matang selama 24 bulan untuk memberikan rasa yang kaya dan penuh berperisa. Rasa yang manis dan bersalai amat sesuai untuk burger, cecahan keju, pasta, daging atau ayam salai atau dinikmati begitu sahaja untuk kebaikan tenusu yang paling berperisa.

Tasty – Cheddar yang dibiarkan matang selama 18 bulan untuk memberikan rasa yang penuh dengan sedikit rasa buah. Keju ini sesuai dipadankan dengan makanan yang  berperisa enak seperti serunding ayam dan rumpai laut kering.

Colby – Lembut dan manis amat sesuai dipadankan dengan makanan Asia. Keju ini enak dimakan bersama  kimchi, jeruk sayuran pedas dan kekacang berempah.

Gouda – Keju separa lembut ala Belanda dengan rasa kekacang sangat sesuai dipadankan dengan rempah Sichuan yang dibakar, cili tradisional dan salad cendawan.

Edam – Miliki kandungan protein yang tinggi serta rendah lemak dan sesuai untuk vegetarian. Keju ini memiliki rasa manis, lemak dan berkacang dan memberikan rasa enak yang kompleks untuk hidangan atau sos masam manis Asia.

Foto – Arkib Wanista

Nak cuba, keju ini sudah berada di pasaran. Untuk maklumat lanjut tentang Mainland, sila ke FB AnchorDairyMalaysia.

Tags: 5 keju mainlandjenis keju paling sedapkeju mainlandkeju new zealandkeju paling sedapmainland cheeseproduk mainland
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - FB Cik Melur
Makanan

Port Ikan Bakar Sedap Ada Di Kuala Lumpur, Jom Singgah Makan!

by IamLisa
December 31, 2021
0

Terliurnya tengok himpunan ikan bakar. Sedap dimakan panas-panas bersama nasi putih, ulam-ulaman, air asam atau kicap, wow makin naik selera....

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Makanan

Pelik Tapi Benar, 5 Jenis Makanan Ini ‘Haram’ Untuk Keluarga Diraja Britain…

by Sofie Azizlan
December 30, 2021
0

Kehidupan sebagai keluarga diraja taklah seperti apa yang kita bayangkan kerana terlalu banyak peraturan yang perlu dipatuhi. Daripada cara berpakaian,...

Baca Lagi
Foto - Cleveland Health Clinic
Makanan

“Ratah Tomato Tapi Tiba-Tiba Naik Ruam” – Ini Fakta Sayuran ‘Nightshade’ Kena Tahu

by IamLisa
December 28, 2021
0

"Ratah tomato begitu saja, tapi tiba-tiba naik ruam merah gatal di pipi." Siapa pernah kena situasi macam ini? Untuk pengetahuan...

Baca Lagi
Foto - The Malaysian Reserve
Makanan

Macam-Macam Tawaran Best foodpanda Sedia Untuk Anda Krismas & Akhir Tahun Ini!

by IamLisa
December 27, 2021
0

foodpanda sediakan pelbagai tawaran menarik sambutan akhir tahun yang pasti membawa kegembiraan dan keseronokan pada anda semua. "Kami begitu teruja...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.